Latest Entries »

Monday, 4 May 2009

ragam yang pelbagai

salam buat kamu yang membaca. balas la. jangan buat muka kerek!

sudah lama aku tak update blog. bukan sibuk cuma malas dan tak tahu mahu cerita tentang apa. seperti sudah kehabisan idea. tidak banyak perkara yang aku belajar kebelakangan ini mungkin. hurm. apa aku nak cakap ni ye. tadi seperti biasa bila aku keboringan dikala assignments menimbun aku suka buang masa layari blog-blog orang. sebelum ni aku ada post cerita pasal blog orang yang suka cerita pasal hidup seharian. (sila lihat entry 'seperti bangsat') berlatar-belakangkan muzik yang slow ala-ala jazz gitu aku baca kisah mereka ini. tak tahu mahu ulas macam mana. rasa seperti seronok yang beronok-ronok baca kisah mereka kali ni. haha! seperti dapat rasa luahan perasaan mereka dengan telus. macam-macam perasaan aku dapat selami. sedih, gembira, cemburu. entah kenapa mesti aku rasa semua tu. tak pasti.

haihh! jadi sesi luahan perasaan pula kali ni.

enough! tak chill la emo-emo.

setuju?

Saturday, 25 April 2009

pasangan

hari ini aku seperti mahu bercakap soal pasangan. kebiasaannya aku tidak minat mahu sentuh soal seperti ni. pernah furst. malas mahu buang masa lagi dengan perkara yang belum pasti pengakhirannya. tapi agak seronok jika bercerita tentang watak dan perwatakan pasangan yang kita impikan. aku agak ini adalah kemahuan majoriti lelaki terhadap pasangan lah.

sopan. lelaki biasanya suka wanita yang sopan dan lemah lembut dalam setiap kelakuannya. bukan control!! itu palsu. sifat lemah lembut dan sopan santun melambangkan watak sebenar kaum hawa. kelihatan ayu dan tertib tanpa prasangka. wanita seperti ini mempunyai kuasa mencairkan hati lelaki yang keras macam ais batu dalam fridge!! amat hebat. jika muka saja cantik tapi tiada adab, lelaki akan pandang juga tapi akan menyesal kemudian hari.

cantik dan cun. ramai wanita kata lelaki hanya pandang wanita yang cantik dan cun serta hot! betullah tu. sudah lumrah setiap manusia sukakan kecantikan. lelaki bukan memilih tapi hanya mencari yang terbaik bagi diri sendiri. cantik tak semestinya rupa saja. budi pekerti, sikap, adab dan cara wanita pun kena cantik. lelaki mengambil calculator kira semua itu. tak boleh guna sempoa, main congak saja. jika rupa saja cun perangai tunggang terbalik, tiada sifat sopan santun lelaki pandang kau pun sekilas saja lah. tak lama. cinta sesaatku bak kata band matta dalam lagu ketahuan. huhu

matang. majoriti lelaki suka wanita yang matang. matured lah. pe'el kebudak-budakkan ini sungguh membencikan dan merimaskan! childish biasanya gadis bukan wanita. wanita sudah matang dan mempunyai sifat manja. bagi lelaki wanita yang matang memudahkan. tidak me"migraine"kan kepala hotak. mempunyai sikap understanding dan prihatin yang amat tinggi. pada aku lah, wanita yang matang tidak memperbesarkan perkara yang remeh temeh. hanya cool setiap masa. baru lah chill.

penampilan. cara pemakaian wanita juga dititik berat oleh lelaki. pada aku cukuplah sekadar mengenakan penampilan yang sopan, simple dan matang. jika kau sememangnya sopan santun lagi bagus sebab ianya turut mempengaruhi penampilan diri kau. penampilan sebenarnya is not a big deal pada aku sebab itu semua flexible. boleh dibentuk kemudian. karekter diri lagi penting daripada penampilan. karekter kita melambangkan siapa kita. tak boleh sembunyi dan hipokrit.

kesimpulannya, wanita seperti ini sudah cukup sempurna bagi lelaki:-

1. sopan santun
2. cantik, cun dan hot!
3. matang
4. penampilan kemudian, tapi jangan lah terlalu selekeh pulak! haha



P/s: apa-apa pun lihatlah diri kita dulu sebelum mahu lihat orang lain. jika lihat orang utan tak mengapa mahu lihat diri kita kemudian. hahaha

Friday, 24 April 2009

seperti bangsat

aku mengucapkan selamat pagi kepada kau. sila balas

tak tahu kenapa pagi ni aku seperti memperoleh masa tambahan untuk melihat-lihat blog orang sedangkan masih belum tido lagi sejak semalam. terpaksa bersengkang mata bagi mengelakkan terlepas exam site surveying procedures pagi ni. itulah akibat tido lambat. aku saja melihat-lihat blog orang dan beberapa perkara dapat aku simpulkan seperti tertera dibawah :

1. blog kamu memang mcm bangsat! bukan mahu menilai tapi itulah hakikatnya pada aku. bukan juga mahu kata blog ini bagus, blog ini tak kurang juga sifat kebangsatannya tapi

2. pada aku blog adalah professional. tempat untuk berkongsi pendapat dan pandangan yang rasional. bukan tempat bercerita soal perasaan cinta kau pada si dia. juga bukan tempat cerita kisah hidup kau seharian. siapa kisah dengan apa yang kau lakukan seharian? aku tak faham. jika ikut logik aku rasa tak ramai orang peduli. malah mungkin orang agak muak baca kisah kau nanti.

3. secara randomnya aku dapati banyak blog buat seperti itu. pada aku blog yang bagus adalah blog yang mempunyai unsur-unsur tukar pendapat, perbincangan dua hala serta perkongsian idea. nyatakan pandangan dan pendapat kau berkenaan dengan sesuatu isu. apa-apa saja. mungkin dari apa yang kau nyatakan itu pembaca bersetuju ataupun mereka mahu nyatakan pendapat tersendiri. bangkang mungkin. dari situ wujud satu perbincangan dan kau boleh nilai secara keseluruhan kemudian. baru seronok!

4. akhir sekali aku mahu mohon maaf jika ada diantara kau yang terasa. aku faham. blog kau hak kau lah mahu tulis apa pun. itu cuma pendapat dan pandangan aku saja tentang blog. kalau kau setuju aku happy lah. kalau tak setuju tak mengapa. teruskan saja penulisan dengan gaya kau tersendiri. aku tetap lihat blog kau jika ada kelapangan..

P/s : maaf jika pengunaan kata bangsat itu agak kasar bagi kau. itu cuma mahu menunjuk ekspresi diri aku terhadap sesuatu. tiada niat lain pun