Latest Entries »

Sunday, 26 July 2009

Be Proud With Your Certificate Legendarians!!!

terima kasih kepada yang suka baca blog ini. aku cukup hargai kamu. terima kasih juga pada yang beri sokongan dan komen-komen yang membina. aku akan cuba terus berkongsi segala pandangan dan cerita yang bermanfaat untuk kau baca selepas ini. sharing is caring! harus la kan?

okay.

jika kau rasa kau salah seorang warga Legenda satu saja aku mahu cakap..BE PROUD! (ok aku tipu. dua apatah perkataan bukan satu) sebelum ni aku kadang-kadang seperti kurang yakin dengan sijil yang ditawarkan kat KL. was-was lah. sory to say so! tapi aku rasa aku harus fikir semula lah sebab baru aku tahu sijil-sijil kat KL ni pun ada nilai yang bagus. =.=' kira ada masa depan juga lah study kat KL ni. haha. untuk makluman kau yang sedang baca ini, sijil BTEC HND KL juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. maklumat lanjut sila klik sini (sila taip "BTEC HND" dalam kotak carian/search). mahu kerja gomen lah!

P/s: agak kecewa lah sebab HND disamakan taraf dengan diploma. pada pandangan aku, HND
sepatutnya sama taraf dengan pra-ijazah bukan diploma. tak gitu?

Friday, 24 July 2009

pasal blog ini

sekarang aku rasa blog aku sangat membosankan! rasa seperti sudah malas tulis blog. macam sudah tak ada apa yang boleh aku cakap. rasa mahu delete semua entri-entri sebelum ni. aku nak mula tulis blog dari awal balik. nak tukar layout blog yang tak menarik ini. nak ubah semua sekali.

macam mana?

boleh/setuju?

Monday, 20 July 2009

full time/part time/ pjj?

sudah seminggu semester baru berlangsung. bermakna ni semester kedua terakhir aku kat KL. semester depan short sem jugak semester last. yessszaa!! juga hanya ada 2 subjek untuk sem depan. hahaha (gelak jahat!) tapi sem ni long sem jadi ada 5 subjek semuanya. agak binasa la beb sebab subjek-subjek sem ni quite tough jugak. mencabar masa tido aku jugak la jawabnya. hehe tapi takpe jika tak ada dugaan yang berat aku mahu ada azam barulah untuk semester baru ni. dah janji pada diri aku akan siapkan semua kerja awal. no last minutes job rules activated! say no to procrastination! aku sudah berazam mahu buat yang terbaik. aku mahu ubah cara hidup aku mulai sekarang. aku mahu maju seperti restoran alimaju curry house sdn. bhd!! (tapi makanan kat situ mahal lah! air kosong pun nak berkira)

urmm..ok

memandangkan aku tinggal hanya lagi 2 sem kat KL jadi sekarang aku agak kusut memikirkan apa patut buat bila dah habis study kat KL? maksud aku lepas praktikal-lah! terus kerja kat tempat praktikal atau sambung buat degree? kalau buat degree aku masih pening mahu buat secara full-time atau part-time atau PJJ? beza ke part-time dengan PJJ? setahu aku sama. belajar seperti sekarang (full-time) aku rasa tak boleh hidup lah. rasa seperti serba tak cukup. susah nak bernafas. selalu kering poket. ada jugak aku fikir mahu buat degree part-time sambil berkerja. kelas hanya pada hujung minggu. hari minggu kerja. rasa macam lebih elok jika buat seperti ni. banyak pekara boleh selesai. tak ada masalah kewangan. yuran belajar pun aku boleh bayar sendiri. tak perlukan loan. tapi cara macam ni makan masa lah untuk aku dapat ijazah. lebih kurang 6 tahun baru boleh grad. memang rasa malas. rasa seperti tak habis-habis belajar. takut aku mengalah separuh jalan nanti. haha

tapi pilihan untuk buat degree part-time aku rasa yang terbaik lah sekarang ni.

apa pandangan kamu??