Latest Entries »

Wednesday, 25 November 2009

I GO



So long, fare thee well
The dancer & the dancing days have taken leave & fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that u belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to no where
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
n I go
I go
Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

=)

Monday, 2 November 2009

common sense!

hi semua. sudah lama aku berehat panjang dari menulis blog. aku perlukan rehat yang panjang selepas dikurniakan satu ujian dan dugaan yang hebat buat aku yang selama ini tak pernah aku terfikir aku akan hadapinya. tak mengapa. aku seorang yang positif dan kuat semangat. jika digabungkan kedua-dua elemen ini, aku percaya semua benda boleh diharungi. terima kasih juga kepada semua teman-teman dan keluarga yang sentiasa beri semangat dan dorongan selama ini pada aku. percayalah, aku sentiasa berterima kasih dan menghargai kamu semua

aku percaya pada common sense! pada aku setiap orang harus ada common sense dalam diri mereka. orang yang tiada common sense ini mudah dibenci orang lain kerana dia hanya pentingkan diri, tidak menghormati orang dan tidak befikir panjang serta mudah lupa diri. tidak realistic! sangat membencikan dan mudah membuatkan orang maki hamun atau rasa mahu melepaskan satu das tumbukan ke muka orang seperti ini tanpa teragak-agak! sangat membakar jiwa lah orang mcm ni!

dude! be realistic lah ok! have a common sense please..??

emosi kurang stabil menerbitkan entri yang kurang best ntuk dibaca. maaf

Friday, 11 September 2009

duet-duet dimana kau duit

hi semua. sudah lama aku tinggalkan blog ni. dah bersawang jika ini rumah. aku tak menulis lama kerana banyak perkara yang lebih penting perlu aku uruskan. sebenarnya banyak perkara yang tertinggal bagi aku tulis dalam blog ni. setiap masa aku berfikir, mengkaji dan memerhati. perlu diari tambahan lah aku fikir. boleh catat apa saja yang terlintas difikiran aku pada masa tu. kemudian taip dlm blog. tak ada perkara yg terlepas bagi aku kupas mcm ni. nanti lah aku fikir

masalah terbesar bagi seorang pelajar mcm aku ni adalah duit. selalu juga aku ada masalah kewangan. ramai orang kata.."no money no talk","ada duit semua jadi". besar sungguh peranan duit pada semua org. kdg2 aku fikir siapa cipta duet? maksud aku sistem berduet lah. bkn duet karaoke tu. maaf lah. aku lebih suka eja duet drpd duit. nmpak mcm perkataan sepanyol bila eja mcmtu. mungkin kau tak faham. kdg2 seni abstrak sukar difahami org lain.


sebelum sistem berduit dicipta wujud sistem barter. aku rasa sistem barter jauh lebih best dari sistem berduit. sistem barter adalah sistem pertukaran barang. tidak melibatkan duit tetapi nilai yang lebih kurang. jika sistem barter dikekalkan, aku rasa tak ada orang miskin dan orang kaya di muka bumi ni. semua manusia hidup sederhana dan rapat antara satu sama lain sebab masing2 bertukar2 barang untuk hidup. tak perlu susah payah cari duit. masing-masing merasa hasil sesama sendiri.

cuba bayangkan kau perlukan kereta. pergi saja kedai kereta minta sebijik kereta yang kau mahu. sebagai balasan, bila tauke kereta perlukan pertolongan satu hari nanti kau akan tolong atau bagi apa yang mungkin dia perlukan. mungkin kau rasa idea ini agak mengarut, tapi aku rasa boleh berjaya jika semua manusia berkerjasama.

apa yang penting? kerjasama