Latest Entries »

Monday, 16 February 2009

Honestly...Budu Itu Sedap!

"Exam dah selesai!! yahooO!! boleh baaaaaaaaaaaaa....aa..aaa.... eh?eh? assignment tak siap lagi kan?? assignment tak siap lagi laa!! tak bleh balik cuti lagi!! uuwwaaaaaaa!!"

Ye saudara. begitu lah keluhan student-student yang tak dapat pulang ke kampung halaman setelah selesai meduduki peperiksaan semester kerana lewat memperolehi assignment brief dari lecturer termasuklah saya..What The F??!!! F is an elphabet after E. (haaa..menjawab2!!)


arrgghh!! aku benci! tak shuke! tak shuke!

tension salah! eh..tension betul!! orang lain dah selamat sampai kampung halaman tapi aku masih lagi menyelak halaman assignment brief ne!
! aarrgghh!! gggrrrrr!! haa..rapat2 kalu nak kena geget!! ggrrrrrrr!! whhrrooofff2!! aaawwuuuuukkk!! adik. tolong ambikkan abang secawan kopi! (baris ini xde kena mengena dengan artikel diatas!!) saper suh korg baca! haha.


aku dah gila. terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca artikel luahan perasaan yang langsung tak ada kena mengena dengan tajuk entry.

tapi.

honestly i'm telling you...(siyoz ne) Budu Itu Sedap! pecayalah!

enuff. sampai di sini sahaja

Friday, 13 February 2009

Esok Valentine Day!!

Esok 14 Febuari 2009, Hari Kekasih atau omputeh said as Valentine Day yang entah keberapa kalinya langsung aku tak penah ambik tahu. tak ada sekelumit pun perasaan untuk aku ambik tahu pasal valentine day ne. kalau pasal Valentino Rossi tu mungkin aku agak ambik pusing sebab dia tak ada tali persaudaraan pun dengan aku dan aku agak meminati beliau. rupa kami tak seiras tapi minat kami serupa. suka menunggang jentera yang hebat lagi mahal iaitu YAMAHA. tapi kami bukan rempit. ingaaatt!

Berpulang kepada tajuk entry aku kali ne aku yakin ramai juga orang yang tulis the same thing pada blog mereka kerana mereka juga pun
yai pendapat mereka yang tersendiri tentang isu valentine day ne. begitu juga aku......

ok. biar aku mula dari zaman kanak2 rebina
aku.. (aku tak suka minum rebina!!)

Sejak kecik aku salu dengar cerita tentang valentine day ne. pada mulanya aku kurang faham ape maksud valentine day ne? aku curious juga confuse. aku mula mencari makna yang tersirat itu. aku nak faham. aku nak tahu. aku perlukan jawapan bukan persoalan.




Usia aku makin meningkat. makin banyak benda yang aku tahu dan faham. aku juga tahu apa makna cinta dan couple. dan lepas aku sendiri merasainya aku salu akan berkata begini "Ahh!! takde maknanye couple2!!" semasa teman mula bercerita tentang cinta. bukan aku benci cinta. semua tahu setiap manusia dikurniakan perasaan cinta yang bermula dari kasih dan sayang oleh yang Maha Kuasa. cinta boleh merangkumi
banyak perkara. cinta sesama manusia mahupun cinta kepada Tuhan yang Maha menyintai. oleh itu cinta pun penting pada aku.

tapi.


aku benci orang bercinta tu. maaf kalau ada sape2 terasa. aku cume berkongsi pendapat. aku tak harap pendapat aku ne diterima. kalau setuju alhamdulillah. kalau tak setuju lu boleh belah la bedah!!

ok. ne pendapat aku.


cinta ne kalau cara dan niat tu betul tulus lagi ikhlas tak mengapa. tapi kalau niat yang paling utama tu pun dah salah apetah lagi yang lain-lain
. so bila niat tak betul cara pun akan turut serta mengtakbetul akan dirinya. am i right??or left? ;p

dah puas tersengeh? ok. aku sambung lagi..


niat dan cara yang kurang tepat ini seemangnya berpunca dari pengetahuan yang tak begitu luas. sempit laa kiranya. darah dalam otak nak lalu pun payah. kurang pengetahuan dari segi ilmu agama mahupun ilmu pengetahuan umum ini la yang mensebabkan cinta menjadi buta (serta rabun jauh mcm aku ne). aku agak heran kenapa cinta itu orang kata buta. cinta tu ada mata ke?kalau ada cantik tak mata dia?

aku tak mahu sentuh mengenai mata cinta yang buta tu tapi aku nak sentuh balik pasal valentine day ne. ape kaitannya bebelan aku kat
atas dengan hari kekasih ne?

okay. camni..

sebelum aku kait isu ne dengan galah (sejenis peralatan untuk mengait sesuatu), aku mengidam mahu menerapungkan satu persoalan.."kenapa masih ada lagi orang melayu umat islam khususnya menyambut Hari Kekasih?"

Tidakkah mereka tahu bahawa....

Budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".




Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


Tidakkah mereka yang mengaku Islam tahu pekara ini???

kalau tahu kenapa masih lagi sambut Valentine Day?
Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini sedangkan ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...??

tak paham betthoollah! haihh!

ok. sekarang ne aku akan cuba memahamkan korg ape kaitan bebelan aku dengan fakta valentine day ne. fakta tu aku perolehi dari iluvislam.com.

aku pasti ramai orang dah sedia maklum mengenai fakta tersebut. tapi heran tak masih ada lagi orang melayu umat islam khasnya sambut lagi Hari Valentine walaupun dah tahu lagi faham dengan jelas sejarah disebalik Hari Valentine ne? pelik tak? inilah yang dikatakan sempit ilmu pengetahuan. pengetahuan aku pun bukannya luas mana. tapi sekurang-kurangnya aku sentiasa cuba luaskan pengetahuan dan pemikiran aku yang semakin sempit dan terhimpit oleh ideologi-ideologi barat yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan umat islam seluruhnya. so tepuk dada kuat-kuat sket (kalau boleh s0h member tepukkan!), tanyalah diri....

sama-samalah kita kecilkan anak mata dan kemudian lemparkan pandangan kita jauh-jauh..renungkan la maksudnya! tak perlu la kamu betul2 kecilkan anak mata tu..!

haha.

sekian. wassalam!

p/s: sambut besday Andy lagi bagus! besday dia pun esok! dapat baling2 telur, siram air mop, siram air panas..pastu s0h jamil lenyek die dengan kete!! buleh release tension assignments!! hahahahh!!

Thursday, 12 February 2009

Exam Week!!!

Dengar je exam week sume orang menggelabah mcm orang tua baru balik dari mesjid yang lost control ke atas motosikal beliau, terkial-kial kedua belah kaki nak center balik motosikal honda C-70 milik beliau daripada terbabas ke dalam semak. haha. tetapi tidak sama sekali pada aku. kerana aku adalah seorang yang berperibadi coolia (cool+mulia). mungkin kedengaran agak perasan tapi itulah kenyataannya. aku suka perasan akan sesuatu yang berkecenderungan ke arah yang agak menjengkelkan pada korg. mcm contoh, aku perasan aku ini kawaii. mesti korg jengkelkan bila aku perasan aku camtu? tapi aku peduli hape. tak kira! aku tak peduli! aku nak perasan jugak aku camtu! haha.

Minggu ne minggu exam seLegenda! semalam dah lepas satu paper. isnin ne ada lagi satu paper. lepas tu pegi makan ciken cop blackpaper. pa-per la! haha. exam sudah mahu selesai tapi assignment rasa mcm baru bermula. cuti semester hampir tiba. ade lagi tiga assignment termasuk redo satu, jadi empat lagi assignment yang berstatus pending. What The aaiiF!! (bunyik arab sket).

Arrgghh..! sepuluhsion yyaaarr!!

tension........

tertekan...........

kemurungan...........

dan!!!!

kegagalan sistem otak berfungsi secara logik.........

TIDO!!!!!

~tHe eNds~