Latest Entries »

Wednesday, 8 April 2009

Ibu..Ummi..

Bermulanya satu cerita...

Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap (suspenn!!). Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku* bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.



" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

Untuk renungan wanita bergelar ibu dan bakal ibu,

kamu sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kamu, namun sepatutnya kamu lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kamulah pencorak pertamanya.
Buat kaum adam juga, kamu juga lah penentu syurga mahupun neraka bakal isteri dan anak-anak kamu kelak. semoga kita sama2 beroleh manfaat

Pesanan Ku - P/s/k: korg dah cukup matang, korg ade otak, pk la sendiri..

*"aku" dalam cerita diatas bukan aku. aku ne lelaki dan masih bujang!!

sekadar berkongsi saja,

Monday, 6 April 2009

nasib kita..salah siapa?

aku yakin semua rakyat Malaysia sedar akan peralihan kuasa yang berlaku baru-baru ini. aku pun sedar. setelah lama memerhati dan boleh membuat penilaian dengan matang, terus-terang dapat aku katakan disini, aku cukup resah dan cemas! resah dengan keadaan Malaysia sekarang. resah dalam banyak aspek. dari aspek ekonomi mungkin aku kurang terasa. aku kurang peduli. tapi jika dari aspek politik aku cukup peka dan sensitif! orang lain pun sama

kenapa?

sebab pada aku politik boleh menentukan golongan manakah kita akan tergolong masa diakhirat kelak. syurga atau neraka. puncanya mudah. pemimpin dan yang dipimpin. aku akui, selain agama, politik juga perlu bagi menjamin kemajuan ummah sesebuah ketamadunan. malas mahu ulas lebih lanjut tentang politik kerana aku kurang arif dalam sejarah politik tapi aku yakin dalam islam, sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW lagi pun sudah ada politik. tanpa politik keadaan mudah jadi kucar kacir. tiada kawalan

tapi..

keadaan sekarang sudah berbeza. terbalik. politik lah yang mengkucar kacirkan semua. bukan menyatupadukan. ada yang menindas dan ditindas. bukan mahu menyalahkan atau menuding jari pada sesiapa. cuma aku keliru. kenapa perkara ini berlaku. dimana silapnya? apa puncanya?

jika kembali kepada agama islam, diri sendiri lah puncanya. tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. ayat ini mengekspresi bahawa usaha untuk berubah adalah sesuatu yang penting dan mustahak. tanpa usaha kita tak akan kemana. diam disitu saja. dalam islam juga diberitahu cara dan peringkat-peringkat untuk mewujudkan sebuah institusi yang berjaya. institusi itu negara contohnya. untuk membina sebuah negara yang berjaya dan islamik perlu ada langkah-langkahnya. pertama, perlu mula dari diri sendiri. tanamkan islam dalam diri. kemudian baru keluarga dan pergi kepada masyarakat dan akhir sekali negara. (lebih kurang begitu lah peringkatnya. maaf jika salah!! sila betulkan.) barulah negara yang islamik berjaya diwujudkan.

aku hairan melihat orang asyik menyalahkan orang lain. mahu sebuah pemerintahan yang islamik tapi melihat dan asyik mengkritik orang lain. risau kerana orang itu akan menghancurkan impiannya. kenapa tidak lihat saja diri sendiri? sudah cukupkah usaha mahukan sebuah negara yang islamik dan aman? jika tiada lagi jalan yang boleh diusahakan, tawakal saja kepada Allah SWT. berserah itu jalan terakhir. itu yang sebaiknya. kita sudah lakukan yang termampu. selebihnya bukan kemampuan kita. berserah saja lah

kita sebagai yang dipimpin buatlah keputusan yang bijak dan matang dalam memilih pemimpin kerana pemimpin mampu meletakkan kita ke syurga mahupun neraka. peranan kita memilih pemimpin yang layak untuk memimpin juga akan dipersoalkan diakhirat kelak.
jangan hipokrit. jangan gadaikan prinsip diri dan masa depan hanya kerana kepentingan peribadi dan kroni yang hanya bersifat sementara. apa-apa pun, semua dan segalanya bermula dari diri kita

hanya pandangan ku,

Tuesday, 31 March 2009

2 day bukan dua hari tapi hari ini

hari ini lain sedikit. rasa lega bercampur malas mahu berfikir. ingin berehat dengan aman setelah beberapa hari menderita. malas mahu buat apa2. hanya mahu...

~tido.

~kumpul semula semua tenaga yang hilang.

~susun masa dengan lebih berkualiti.

~bersama dengan kawan2 yang gila2.

itu saja untuk setakat ini. malas mahu fikir lagi.
mata sudah berat. katil sudah melambai
aku mahu tido sekarang!