Latest Entries »

Monday, 24 January 2011

Mungkin silap aku

Dengan bismillah mula dikata..(budak2 gayong sambung laa..) thehehe..

hari ni patutnye aku attend satu interview untuk menjadi usahawan perunding kewangan islam (PKI) kat hijrah wealth managers office kat ukay perdana..tp aku tak pergi sbb tugasan tak siap lagi..theheh..so aku jenuh pk alasan yg agak logik untuk direka..tak blh duduk diam aku masa tgh pk tu..kejap baring..kjp bgun dgn kaki jingkit..kjp bukak peti ais, kjp panas kan microwave..ape jadahnye..huhuh..tiba-tiba..ye..tiba2..aku tak dpt jgk lg idea..hahahah..ok now dh dapat! aku capai henfon dgn penuh lemah gemalai then aku taip msg mcmni..

"Salam En. Adey. sy tak dapat hadir ke sesi interview
pd pg ni sebab ada kecemasan!! mohon
tukar interview sy pd 25 hrbln pukul 9 pg..tq. - amin"

agak2 langsi tak ayat aku tuh? yg nak kena interview tu aku..suka hati aku je bt appointment baru..mcm aku plak yg nk interview org..wahahah!! ok part tu kira dh settle..cume part tugasan je blum sttle lg..huhu

so, alang2 dh xde nk btpe hrini aku pk2 adalah elok kiranya aku siapkan je tugasan/survey yg tak siap lg tu..aku msg my lalink la (selepas ini akan disebut sbg MLL) ajak dia teman aku siapkan survey sambil2 mkn rojak buah kat taman tasek metropolitan kepong..kt situ tenang sket nk bt keje kan..tp MLL tak nak plak..cba la jgk ajak pujuk dia bnyk kali, tp still takmo..mungkin masih marah kat aku lg agaknya..huhu..takpe lah..dgn rasa berat hati campur perasaan ngidam tahap pelahap nk mkn rojak buah jgk, aku teruskan jgk niat aku tu..redah je la sorg2..apa ade hal..kdg2 kena jgk lone ranger beb! huhuh..sbelum pg tasek aku singgah dlu kat pasaraya global ikhwan beli kuah petis rojak kat selayang then singgah pasaraya ong tai kim beli buah mangga muda yg masam (kecur air liur nih! hahaha). pisau potong buah aku dh siap2 cilok kat dapur rmh td..hahaha..sampai tasek baru lepas hujan..so tak de satu pun pondok2 yg kosong untuk aku bt keje..pusing2 dpat la satu bangku ngadap lautan lepas gitu..chewaahh! aku pun mula melabuhkan pungung dgn penuh keayuan diiringi tiupan angin ala2 nak kasik rambut aku terbang gitu..mcm je la..hehehe..air liur dh kecur abes dh ni..ape lg kan..kasi kupas la mangga muda aku beli td..msa mkn tu tak igt org sekeliling dh..mkn punye mkn..telan punye telan dh abes 2 bijik aku bedal..sekali langit mendung daa..nk hujan la tu gamak nye..aku kmas2 la..sudahnye tak jd buat keje kat tasek tu..huhu..lgpun cmne nk bt keje atas bangku tuh kan..

mangga ade lg balance 2 bijik. kuah petis tgok mcm tak terusik! hahah..xkn nk buang..buat balik kang tak mkn mana jgk..so terigt kat MLL..msg tnye bt ape..dia tak tido..ok lah tu..terus singgah pg rmh dia kat gombak nak bagi kat dia je balance buah dgn kuah petis rojak tu..dia pn same mcm aku jgk..hantu benda2 masam..huhuh

Sunday, 23 January 2011

WTF, Wa Tak Faham

aduh.

hari ni hati aku pedih lagi..makan dalam beb! sampai hati dia boleh ckp. "u bkn ade pun untuk i." zaapp!! tangkap leleh..boleh dia ckp mcmtu kat aku..sungguh hurting ok! selama ni aku salu ke hulu ke hilir dgn dia, salu bantu dia walaupun dia tak mintak..aku ikhlas tolong dia..sebab aku tahu dia tak boleh buat mcm mana aku buat untuk dia..dia jobless, aku tolong dia buat cover letter sampai pukul 5 pagi..banyak company aku tolong applykan untuk dia..dengan tak cukup tido aku bawak dia pegi pos ofis poskan cover letter dgn resume dia..masa kat pos ofis dia boleh emo lg..aku rasa mcm dia tak appreciate je segala usaha aku..masa tu aku betul2 rasa nak meletup! tapi aku kawal..aku tak mintak pun dia ucap terima kasih, tp at least show some appreciation la sikit..aku tau dia tak sihat haritu..kalau tak sihat pun pada aku tak perlu la nak emo smpai mcm tu skali..

"awk..sy pun penat tau tak..berjaga smpai subuh siapkan cover letter awk tu..sebab sy dh janji dengan awk kan nak tolong..tp ade ke sy komplen kat awk sy penat la, ngantuk masa kat pos ofis tu?"

***********************************************************************************

"hati perempuan mcmtu la kalau u nak tau.."

ok..abes hati lelaki ni mcmana?hati lelaki takkan rasa sakit?takkan rasa terguris ke?aku pun ade perasaan kot..ya, memang dia baran..cepat marah kalau tak puas hati kat sesuatu..tapi perlu ke sampai kecikkan hati aku..tak boleh ke bincang elok2..bincang baik2..

aku nothing agaknya pada dia...

hurmmm, so sad!

Friday, 21 January 2011

Selepas 2 tahun

Salam..

kenapa dengan 2 tahun? ya, kali terakhir aku update blog ni pd 25/11/2009..kira-kira balek adela dekat nak masuk tahun kedua aku dh tak main blog. huhu. sebab paling jelas adalah sebab fenomena facebook! sejak facebook jadi fenomena pada semua manusia, bloggers2 dh jd makin kurang aktif termasuk aku..huhu..kenapa..sebab ape..tu terpulang pd individu la kan..tp pada aku mungkin sebab fenomena je..dulu sebelum facebook muncul, ramai org main blog..ikut trend semasa..orang main tu kita pun nak main tu..tp pada bloggers2 yg tak lut pun pada fenomena facebook aku salute la..bukan senang ooo nk stay the old us! lu orang memang jiwa kental lah!

ok cukup. skg aku nk cerita pasal significant tajuk entri aku kali ni..selepas 2 tahun. nak cite ape yang berlaku lepas 2 tahun, apa perubahan yang berlaku dalam hidup aku lepas 2 tahun ni..

ok. perubahan yang paling ketara tentulah usia kan..kejap je rasa 2 tahun ni..dah pun masuk 23 tahun umur aku..alhamdulillah masih lagi bernafas..lepas 2 tahun jugak aku berubah dari seorang yang sihat kpd yang sakit! sakit apa? tengok tajuk blog aku nih..kikiki..bukan sakit sbb ngidam nak makan kidney bean tu! mmg sakit kidney!! betul-betul punyee! tak tipu..huhu..tapi sokey..walaupun aku diuji sakit mcmni aku tetap bersyukur dan rasa bertuah..bertuah sebab aku terkedepan berbanding orang lain..maksudnya jiwa aku lebih kental, lebih kuat dari orang lain..sebab apa aku fikir mcmtu? sebab Allah dah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 286..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) ."

Mari kita renungkan makna yg terkandung dalam ayat ini..apa maksudnya? maksudnya Allah tidak akan uji seseorang hambanya melainkan DIA tahu hambanya itu mampu menanggung ujian-NYA itu. maksudnya kat sini jugak, Allah tahu aku mampu tanggung ujian ni sebab tu DIA berikan aku ujian yang tak semua orang mampu tanggung ni. aku je mampu. kawan2 aku pun tak mampu. keluarga aku pun tak mampu, orang2 sekeliling aku pun tak mampu. aku sorg je mampu..tak ke bertuah tu? bangga beb!

ok ckup la cerita pasal sakit aku tu..malas nak cerita panjang2..cuma aku harapkan doa dari kalian je..aku pun nak sihat..(mcm ade org baca plak blog aku ni kan, huhu)

ok selepas 2 tahun juga akhirnya aku habis jugak belajar..berjaya lah dapat sijil! banyak jugak pahit maung, duri ranjau masa study ni..tp kenangan manis lagi banyak!! kalau pahit maung, duri ranjau, musuh dalam selimut tak wujud masa aku study dlu mesti pengalaman manis tu bertambah manis lg..tp bila ada perkara yang spoiled kan tempat berlakunya saat2 indah tu, aku jadi tawar hati nak jejak kaki kat tempat tu lg..kolej legenda..banyak sgt perkara2 yang aku tak duga berlaku masa study dulu terjadi dan yang paling perit lagi aku tau sume tu lepas aku habis belajar..ya Allah..pedihnya hati aku Allah saja yang tau..sebab tu aku dah malas nak jejak kaki lg kat kolej tu..kisah hitam tenggelamkan terus saat2 manis aku kat kolej tu..takpe lah..let bygone be bygone org tua2 kata..yang lepas tu lepas lah..takde manfaat pn kalau igt2 lagi kan..aku pn dah malas nak igt..aku nak terus kehadapan..tak nak pandang belakang lg..jangan pandang belakang!! huhuh..

hurmm..jam dh nak msuk kul 2 pagi ni..kul 6 kang nak kena bgun pegi cuci darah(dialysis) kat hospital selayang..cukup sampai sini je aku bebel sorg untuk hari ni..kang lambat dtg hospital kena marah plak dgn nurse..huhu..

selamat malam.

Wednesday, 25 November 2009

I GO



So long, fare thee well
The dancer & the dancing days have taken leave & fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that u belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to no where
Music is my life you're my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more
n I go
I go
Hush now, don't shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

=)

Monday, 2 November 2009

common sense!

hi semua. sudah lama aku berehat panjang dari menulis blog. aku perlukan rehat yang panjang selepas dikurniakan satu ujian dan dugaan yang hebat buat aku yang selama ini tak pernah aku terfikir aku akan hadapinya. tak mengapa. aku seorang yang positif dan kuat semangat. jika digabungkan kedua-dua elemen ini, aku percaya semua benda boleh diharungi. terima kasih juga kepada semua teman-teman dan keluarga yang sentiasa beri semangat dan dorongan selama ini pada aku. percayalah, aku sentiasa berterima kasih dan menghargai kamu semua

aku percaya pada common sense! pada aku setiap orang harus ada common sense dalam diri mereka. orang yang tiada common sense ini mudah dibenci orang lain kerana dia hanya pentingkan diri, tidak menghormati orang dan tidak befikir panjang serta mudah lupa diri. tidak realistic! sangat membencikan dan mudah membuatkan orang maki hamun atau rasa mahu melepaskan satu das tumbukan ke muka orang seperti ini tanpa teragak-agak! sangat membakar jiwa lah orang mcm ni!

dude! be realistic lah ok! have a common sense please..??

emosi kurang stabil menerbitkan entri yang kurang best ntuk dibaca. maaf

Friday, 11 September 2009

duet-duet dimana kau duit

hi semua. sudah lama aku tinggalkan blog ni. dah bersawang jika ini rumah. aku tak menulis lama kerana banyak perkara yang lebih penting perlu aku uruskan. sebenarnya banyak perkara yang tertinggal bagi aku tulis dalam blog ni. setiap masa aku berfikir, mengkaji dan memerhati. perlu diari tambahan lah aku fikir. boleh catat apa saja yang terlintas difikiran aku pada masa tu. kemudian taip dlm blog. tak ada perkara yg terlepas bagi aku kupas mcm ni. nanti lah aku fikir

masalah terbesar bagi seorang pelajar mcm aku ni adalah duit. selalu juga aku ada masalah kewangan. ramai orang kata.."no money no talk","ada duit semua jadi". besar sungguh peranan duit pada semua org. kdg2 aku fikir siapa cipta duet? maksud aku sistem berduet lah. bkn duet karaoke tu. maaf lah. aku lebih suka eja duet drpd duit. nmpak mcm perkataan sepanyol bila eja mcmtu. mungkin kau tak faham. kdg2 seni abstrak sukar difahami org lain.


sebelum sistem berduit dicipta wujud sistem barter. aku rasa sistem barter jauh lebih best dari sistem berduit. sistem barter adalah sistem pertukaran barang. tidak melibatkan duit tetapi nilai yang lebih kurang. jika sistem barter dikekalkan, aku rasa tak ada orang miskin dan orang kaya di muka bumi ni. semua manusia hidup sederhana dan rapat antara satu sama lain sebab masing2 bertukar2 barang untuk hidup. tak perlu susah payah cari duit. masing-masing merasa hasil sesama sendiri.

cuba bayangkan kau perlukan kereta. pergi saja kedai kereta minta sebijik kereta yang kau mahu. sebagai balasan, bila tauke kereta perlukan pertolongan satu hari nanti kau akan tolong atau bagi apa yang mungkin dia perlukan. mungkin kau rasa idea ini agak mengarut, tapi aku rasa boleh berjaya jika semua manusia berkerjasama.

apa yang penting? kerjasama

Monday, 3 August 2009

makhluk yang seronok bersama selalu

hi semua. sejak kebelakangan ni aku rasa hidup aku sangat bosan lah. dah lama aku fikir pasal hidup aku. selalu jugak fikir. rasa seperti hidup aku sangat biasa. tak seronok. asyik buat perkara yang sama. lepak tempat sama. dengan orang yang sama. buat benda sama. cerita benda sama. semua sama. berulangan selalu. bosan lah! macam tak ada matlamat hidup. tak meriah dan tak seronok. hati aku seperti meronta mahukan kelainan dan perubahan. aku mahu hidup aku lebih bermakna. aku mahu lakukan sesuatu yang meriah dan happening dalam hidup aku! sekarang hidup aku sangat biasa. =.=" duuh~

aku suka perkara yang tidak dirancang dalam hidup. jika mahu buat aku redah saja. tak fikir panjang. not playing safe. bagi aku orang yang play safe ni tak reti dan tak mahu berdikari. kena buat perancangan dulu baru buat keputusan. itu bukan cara aku lah. aku suka sesuatu yang spontan. tak ada perancangan. just do it jika mahu buat! apa yang bakal kita hadapi seperti suprise dan buat kita tertanya-tanya apa akan berlaku lepas ni. macam tu baru seronok dan mencabar. haha

mahu cari kawan yang happening lah! yang sporting dan flexible juga gila-gila! kau rasa kau macam tu tak? kawanlah dengan aku. kita hangout sama-sama. jadi kawan rapat

P/s: aku sangat series masa menulis entri ini. muka sangat tekun dan kejam tapi penuh dengan harapan dan cita-cita

Tuesday, 28 July 2009

tag!

aku tak berapa suka jawab soalan-soalan tag lah. malas mahu memikir untuk jawab soalan. aku lebih suka fikir sesuatu yang spontan. tidak dirancang dan sesuatu yang bermanfaat untuk aku fikir. jawab tag rasa seperti jawab soalan survey untuk thesis (group project). haha

1. Besides your lips, where is the favourite spot to get kissed?
secret! ahaa..u know lah!

2. How did you feel when you woke up this morning?
sangat mengantuk. malas mahu pergi kelas. nak sambung tido

3. Who was the last person / people you took a photo with?
aku ada masalah ingatan lah!

4. Would you consider yourself spoiled?
kadang-kadang. tak ada orang sempurna

5. Will you ever donate blood?
tak akan. aku sangat kedekut!

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
mestilah! hidup harus universal

7. Do you want someone to be dead?
tak ada. aku sayang semua orang.

8. What does your last text message say ?
apa rasionalnya aku jawab soalan ni? =.="

9. What are you thinking right now ?
apa jawapan nak letak untuk soalan ni.

1o. Do you want someone to be with you right now ?
tak payah lah. aku nak tido. buat semak saja

11. What was the time you went to bed last night ?
pukul 2 pagi waktu Malaysia

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
sedang separuh bogel sekarang.

13. Is someone on your mind right now ?
Pegawai mara. duit mara belum masuk!

14. Who was the last person who text you ?
En. Langit

TEN Lucky Person to do this quiz...
tak payah lah. aku tak suka jawab tag dan tag orang.

sekian.

P/s: this is the first and the last aku buat tag. lepas ini malas dah

terima kasih miss budDy kerana mengetag saya!

Monday, 27 July 2009

blog makeover

aku suka tengok rancangan "restaurant makeover" atau "opening soon" kat channel afc. seronok tengok restoran diubahsuai jadi lebih gempak dan sale juga makin meningkat! kat Malaysia aku rasa tak ada rancangan sebegitu. mungkin sebab rakyat malaysia jenis rendah diri dan tak suka menunjuk bila renovate restoran. tapi jika ada rancangan sebegitu seronok jugak. boleh layan konsep apa yang designer-designer malaysia terapkan. konsep timur atau konsep barat. aku lebih suka konsep timur seperti ala-ala kekampungan. jika konsep barat pada aku lebih sesuai untuk kawasan urban lah.

ini pula tentang blog makeover. tapi tak lah terlalu over aku make up blog ni. aku hanya buat simple dan bersih. aku suka konsep sebegini. ringkas dan kemas. aku design sendiri header image blog ni. buat reka bentuk macam ni tak ambik masa yang lama. tapi ponteng setengah jam awal masa kelas QSPB jugak lah tadi. hahaha. balik kelas aku sambung siapkan. agak puas hati lah hasil kerja macam ni bagi aku. walaupun biasa-biasa saja tapi aku suka dan rasa berbaloi masuk kelas lambat tadi. haha

P/s: kau rasa mcm mana dengan rupa baru blog aku ni? komen-lah sikit!

blog address pun aku tukar ;)

Sunday, 26 July 2009

Be Proud With Your Certificate Legendarians!!!

terima kasih kepada yang suka baca blog ini. aku cukup hargai kamu. terima kasih juga pada yang beri sokongan dan komen-komen yang membina. aku akan cuba terus berkongsi segala pandangan dan cerita yang bermanfaat untuk kau baca selepas ini. sharing is caring! harus la kan?

okay.

jika kau rasa kau salah seorang warga Legenda satu saja aku mahu cakap..BE PROUD! (ok aku tipu. dua apatah perkataan bukan satu) sebelum ni aku kadang-kadang seperti kurang yakin dengan sijil yang ditawarkan kat KL. was-was lah. sory to say so! tapi aku rasa aku harus fikir semula lah sebab baru aku tahu sijil-sijil kat KL ni pun ada nilai yang bagus. =.=' kira ada masa depan juga lah study kat KL ni. haha. untuk makluman kau yang sedang baca ini, sijil BTEC HND KL juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. maklumat lanjut sila klik sini (sila taip "BTEC HND" dalam kotak carian/search). mahu kerja gomen lah!

P/s: agak kecewa lah sebab HND disamakan taraf dengan diploma. pada pandangan aku, HND
sepatutnya sama taraf dengan pra-ijazah bukan diploma. tak gitu?

Friday, 24 July 2009

pasal blog ini

sekarang aku rasa blog aku sangat membosankan! rasa seperti sudah malas tulis blog. macam sudah tak ada apa yang boleh aku cakap. rasa mahu delete semua entri-entri sebelum ni. aku nak mula tulis blog dari awal balik. nak tukar layout blog yang tak menarik ini. nak ubah semua sekali.

macam mana?

boleh/setuju?

Monday, 20 July 2009

full time/part time/ pjj?

sudah seminggu semester baru berlangsung. bermakna ni semester kedua terakhir aku kat KL. semester depan short sem jugak semester last. yessszaa!! juga hanya ada 2 subjek untuk sem depan. hahaha (gelak jahat!) tapi sem ni long sem jadi ada 5 subjek semuanya. agak binasa la beb sebab subjek-subjek sem ni quite tough jugak. mencabar masa tido aku jugak la jawabnya. hehe tapi takpe jika tak ada dugaan yang berat aku mahu ada azam barulah untuk semester baru ni. dah janji pada diri aku akan siapkan semua kerja awal. no last minutes job rules activated! say no to procrastination! aku sudah berazam mahu buat yang terbaik. aku mahu ubah cara hidup aku mulai sekarang. aku mahu maju seperti restoran alimaju curry house sdn. bhd!! (tapi makanan kat situ mahal lah! air kosong pun nak berkira)

urmm..ok

memandangkan aku tinggal hanya lagi 2 sem kat KL jadi sekarang aku agak kusut memikirkan apa patut buat bila dah habis study kat KL? maksud aku lepas praktikal-lah! terus kerja kat tempat praktikal atau sambung buat degree? kalau buat degree aku masih pening mahu buat secara full-time atau part-time atau PJJ? beza ke part-time dengan PJJ? setahu aku sama. belajar seperti sekarang (full-time) aku rasa tak boleh hidup lah. rasa seperti serba tak cukup. susah nak bernafas. selalu kering poket. ada jugak aku fikir mahu buat degree part-time sambil berkerja. kelas hanya pada hujung minggu. hari minggu kerja. rasa macam lebih elok jika buat seperti ni. banyak pekara boleh selesai. tak ada masalah kewangan. yuran belajar pun aku boleh bayar sendiri. tak perlukan loan. tapi cara macam ni makan masa lah untuk aku dapat ijazah. lebih kurang 6 tahun baru boleh grad. memang rasa malas. rasa seperti tak habis-habis belajar. takut aku mengalah separuh jalan nanti. haha

tapi pilihan untuk buat degree part-time aku rasa yang terbaik lah sekarang ni.

apa pandangan kamu??

Monday, 6 July 2009

procrastination

mungkin setengah daripada kamu faham apa itu maksud procrastination. nampak seperti sangat serabut dan kusut pemahamannya. tapi itulah maksud bagi sikap bertangguh. macam aku lah. procrastination habit ini sangat mempengaruhi prestasi aku sebagai pelajar secara specific dan manusia generalnya! aku sebenarnya sangat benci dengan habit seperti ini. selalu juga aku fikir sampai kapan mahu cenggini ya dong?? usia ku semakin senja tapi habitnya tetap cenggitu juga. haha! tak sapal-sapal cakap seberang..

ok.

sekarang aku mahu highlights perkara-perkara yang mungkin menjadi faktor kepada procrastination ini. sila baca dengan teliti okay!

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa
20) Ketagih suka baca blog ini
21) Ada 9-belas saja kesemuanya. 3 yang terakhir ini saja aku tambah sebab mahu bagi nampak banyak
22) itu saja

P/s: jadi tunggu apa lagi?teksi?tak kan lah tunggu teksi pulak! jadi cepat ubah sikap sebelum jadi habit yang kurang sehat. ok dude? aku baru nak mula lah ni

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka"

Saturday, 20 June 2009

agak-agak la sial

maaf mungkin tajuk entry agak kasar pada kau. tapi itulah bentuk emosi aku sekarang. sial! kau ingat rumah aku ini apa? hotel? agak-agak la. kalau rumah ini kau duduk sorang tak apa bai. aku tau aku pun bukannya baik sangat. tapi jika kau mahu buat benda kurang baik pun jangan libatkan orang lain. tak pasal-pasal jadi subahat dengan kau! hormat lah sikit privacy orang. sial lah! aku sangat benci dengan keadaan sekarang! kusut! sial betul!!

tuhan bagi otak tu fikir lah! fikir panjang jangan fikir pendek. jika fikir pendek kau memang bodoh! jika tak mahu fikir pasal diri kau fikir lah pasal orang lain jugak. sekarang tempat aku menuntut ilmu seperti sudah tercemar. aku sakit hati lah mcm ni! tempat kau menuntut ilmu kena suci tahu tak? baru ada keberkatan. nak belajar pun mudah dan senang masuk sebab berkat tempat kau belajar tu. tapi kalau tempat tu malaikat pun tak mahu masuk mana mahu datang keberkatan tu? tension betul lah!

tolong lah. hati aku tak sama seperti hati kau! aku bukan seperti kau. aku fikir masa depan aku. jika kau mahu enjoy seperti tak ada masa depan go ahead! your life! so its your right! aku pun ada hak aku. aku mahukan ilmu yang bermanfaat untuk diri aku. jika kau tak mahu itu masalah kau. jangan samakan aku dengan kau. jangan tutup jalan aku berjihad! kau boleh buat apa saja yang kau mahu tapi bukan kat sini. kau kena pergi tempat kau sendiri. yang penting jangan ganggu privacy aku! kau memang sial jika kau terus buat begitu!

aku paling benci orang yang pentingkan diri dan tak mahu fikirkan tentang orang lain. respect privacy orang sikit boleh tak?

P/s: aku sangat susah hati sekarang. aku mahu cepat-cepat habiskan belajar dan pergi dari sini!! **emosi kurang stabil

pemikiran hati

salam pada semua.

saja aku tulis tajuk entry mcm tu. nampak seperti sedikit abstract sebab aku rasa jarang orang boleh kaitan hati dengan pemikiran. biasanya pemikiran dikaitkan dengan otak dan hati pula dikaitkan dengan buah. (buah hati??) haha! bukan-bukan! hati dengan perasaan..heheh! kebiasaannya begitulah orang kaitkan.

ok. tajuk pemikiran hati tu merujuk kepada kata hati lah. apa yang hati aku mahu. apa yang hati kau juga mahu mungkin. setiap kemahuan itu datang dari hati kan. setiap manusia ada kemahuan. haiwan pun. tapi kita bukan haiwan. so aku tak sentuh pasal haiwan lah. teringat pula pada kawan yang nama wan. jika jumpa dia aku pasti akan sapa mcm ini.. "Hai Wan!" hahaha! kesian dia..

ok.

back to the topic!!

aku rasa seperti ingin pergi ke luar negara. mahu lihat negara orang. mahu rasa pengalaman stay kat sana. mahu sambung belajar kat tempat orang. mahu jadi perantau di negara orang. cuba berdikari sendiri. in a simple terms, aku mahu sambung belajar luar negara. haha! entah la. bukan demand. cuma pada aku overseas student ini tak sama seperti locals lah. mereka lebih rapat antara satu sama lain. wujud satu komuniti yang besar. seperti berada dalam satu keluarga yang sangat besar. happy-lah. mungkin sebab berjauhan dengan keluarga jadikan mereka sangat rapat. bond yang sangat kuat. susah senang bersama. di sini? mungkin ada seperti itu tapi jarang dan tak banyak lah. mungkin bila ditempat orang baru kita faham erti sebenar segalanya. pada aku itu cara aku untuk faham erti sebenar segala-segalanya. berjauhan dengan tanah air tapi masih berada dalam suasana kekitaan. baru faham apa itu kawan, apa itu persahabatan. apa itu harga masa semasa bersama. nilai sebuah perhubungan. aku seperti dapat rasa dan bayangkan semuanya jika aku dinegeri orang dan aku mahu seperti itu.

aku mahu ke luar negara. doakan aku satu hari nanti ada rezeki aku ke tempat orang. xp

P/s: kat kolej ni pun dah separuh mati belajar masih ada impian nak cuba belajar tempat orang? hahaha!! lupakan lah amin..

cuti semester ini mahu buat apa ye? mengelamun lagi lah! mahu pergi ke bulan pulak. haha!

Thursday, 11 June 2009

kehidupan seorang pelajar kolej

Cuba korang renung2kan gambar2 di bawah ni. Kene tak kat batang idong korang? Hehehe..

Every New Semester

After 1st Week

After 2nd Week

Before the Midterm Exam

During the Midterm Exam

After the Midterm Exam

Before the Final Exam

After Seeing the Schedule of the Final Exams

7 Days before the Finals

6 Days before Finals

5 Days before Finals

4 Days before Finals

3 Days before Finals

2 Days before Finals

1 Day before Finals (Night before the Final Exam)

1 Hour before Final Exam

During Final Exam

After coming out of the Examination Hall

After College during Holidays

P/s: haha! Itulah dia kehidupan seorang pelajar..kisah benar dikalangan kita..hahahaha! makan dalam! haha..aduuhh..huhu.haha

credit to: OhTidak!

Wednesday, 3 June 2009

blog, aku dan hari-hari

namaste!

kali ini aku mahu cerita pasal blog aku. tak ada yang best pun tentang blog ini yang mahu aku kongsi. cuma rasa seperti tertanya-tanya kenapa aku mesti ada blog. bukan aku saja. orang lain pun sama. kenapa harus ada blog? adakah sebab kau adalah seorang yang begitu keji dikalangan kawan-kawan kerana pada mereka kau ni sangat membosankan menyebabkan kau buat blog untuk jadikan kawan kau? atau tak mahu dikatakan ketinggalan zaman jika tak ada blog?

aku pun tak faham kenapa harus ada blog. tapi seronok ada blog ini. macam-macam boleh buat. paling happening sekali jika ada blog adalah wujud perasaan malas mahu buat assignments sebab sering update blog. haha! dalam blog macam-macam kau letak. pandangan kau lah cerita kau lah pendapat kau lah. seperti mahu tunjuk kau seorang yang berpandangan jauh dan begitu matang. seorang pemerhati dan penganalisa yang hebat! tapi apa yang sepatutnya dan wajib kau buat sebagai seorang diri kau sendiri pada masa itu kau abaikan. kalau betul apa yang aku katakan ini, kita serupa lah. haha!

saja tulis entry ni mahu hilangkan kusut. tapi masih kusut lah!

Tuesday, 26 May 2009

angan dan sedar

holla!

seperti sudah jadi tabiat sebelum tido aku gemar berfikir dan berangan-angan. jarang aku terus tido. otak mesti akan melayang-layang dulu. macam-macam yang aku fikir. segala apa yang tak sempat aku fikir selama ni aku akan fikir masa sebelum tido. berangan pun selalu jugak. haha. tapi aku suka fikir benda-benda yang aku rasa seronok la. macam masa depan aku. fikir matlamat. apa yang aku mahu capai dalam hidup aku. fikir positif lah. secara ringkasnya, aku fikirkan kesempurnaan hidup sebagai seorang anak/lelaki/ketua kepada sebuah institusi. kesempurnaan dari semua aspek yang merangkumi keseluruhannya. cita-cita lah! mana yang rasa penting aku dahulukan dan sebaliknya. perlu susun secara teliti. jika tak ada satu sistem yang baik, matlamat seperti sangat rapuh dan aku rasa tak banyak cita-cita kau akan dapat capai dengan cara macam ini. perlu ada strategi yang baik dan berkesan.

apa yang penting pagi esok bila bangun aku sentiasa berjaya melakarkan satu peta dunia yang baru. tiap-tiap pagi la boleh dikatakan. haha

aku sangat serabut semester ini! tak boleh chill

Monday, 18 May 2009

kelebihan vs kekurangan = sama aje

hai dude! (hai pd babe juga)

ah. lama tak update blog. seperti biasa, alasan malas campur sibuk menjadi pilihan utama. tapi memang sibuk pun. jadi itu dikira sebagai alasan atau apa? asalan mungkin. seperti titik asalan pada graf pula. huhu

ada sapa-sapa boleh merungkai persoalan "kenapa manusia perlu ada perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki"? cemburu disini bukan melibatkan skop cinta tapi diluar daripada itu. maksudnya cemburu melihat kelebihan orang lain. seperti contoh cemburu terhadap rakan sebaya yang hebat bermain guli. itu contoh saja tapi kau boleh saja buat contoh benda lain. jangan ikut aku. kenapa mesti cemburu dengan dia yang terer main guli? pada aku tak perlu sebenarnya kita cemburu dengan kehebatan dia sebab kita juga mungkin ada kelebihan tersendiri. mungkin kita hebat dari dia dalam adat istiadat permainan kona-kondi. sapa tahu kan?

jadi sifat cemburu tu tak perlu sebenarnya walaupun hakikatnya kau memang cemburu. tapi kau boleh tukar perasaan cemburu tu kepada pemangkin untuk kau jadi lebih hebat dari dia yang sememangnya hebat pada kau. tapi bersaing la secara sihat. jangan bersaing secara sakit. jika kau jatuh sakit stop sekejap. dah sihat baru sambung bersaing. baru sihat persaingan tu. macam bangang saranan aku ni. haha

tapi apa-apa pun aku mahu jadi lebih hebat dari orang yang aku rasa cukup hebat di mata aku!
kita mesti hebat dan aktif dari segala aspek baru kita akan dipandang tinggi. tapi jangan riak bila sudah hebat. ikut resmi padi adalah sentiasa terbaeekk!!!

chill-lah!

Saturday, 9 May 2009

cepat panas

hari ini tidak banyak perkara yang aku lakukan. jadi perkara yang aku tak lakukan mestilah lagi banyak. haha

petang tadi lepak sendirian dekat taman. lihat orang main futsal dan badminton. aku? hanya main jongkang-jongket. haha. masa seronok lihat gelagat orang aku terfikir apa perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang? bukan zaman n
eolitik atau pun zaman paleolitik tu. maksud aku zaman mak ayah kita dengan zaman kita. apa bezanya? jangan kata masa, fesyen ataupun warna televisyen. cuba lihat dalam konteks yang lebih luas. aktifkan sedikit otak kamu. aku rasa yang bezanya adalah cara didikan.

jika lihat dari sudut didikan banyak beza zaman dulu dengan zaman sekarang. kita selalu dengar cerita orang tua-tua dulu cukup bengis dan garan
g. pantang silap sikit mesti hinggap "roti panjang" tak pun pelempang jepun kat badan. cikgu-cikgu zaman mak ayah kita dulu pun begitu. garang yang amat! semua murid takut serta amat hormat. semua murid dengar kata. tak berani lawan guru. kredibiliti seorang guru untuk mendidik anak bangsa terserlah. tapi itu zaman mak ayah kita. zaman dulu.

zaman kini, zaman kita. bagaimana?

seperti sudah menjadi sesuatu yang normal lihat remaja bertindak liar jika ditegur. pantang kena marah mesti akan angin satu badan. begitu juga di sekolah. pelajar seperti sudah tidak takut terhadap guru yang garang. silap hari bulan guru juga yang kena maki balik. tiada lagi istilah hormat. dashyat sungguh aura remaja sekarang. orang kata biasalah zaman muda ini darah cepat panas. tapi zaman mak ayah kita tak wujud ke zaman remaja? mereka lahir-lahir terus jadi dewasa tanpa lalui zaman remaja dulu? mustahil. jadi apa beza remaja mak ayah kita dengan remaja masa kita? ramai orang beritahu cara didikan zaman dahulu sudah tidak relevan buat masa sekarang. pada aku itu tidak tepat. sedikit tersasar.

Chill la!!

secara psikologinya (tanpa merujuk mana-mana pakar, hanya teori sendiri, haha), seorang anak itu boleh sahaja dimarahi, mengakui kesilapannya dan menerima, jika mereka jelas sebab mereka di marahi. tapi, kebanyakkan anak-anak zaman sekarang, keliru mungkin, apa salah mereka. sudahlah kurang masa bersama ibu bapa, apabila berjumpa, anak-anak terasa seperti ingin bermanja, tapi disangkakan mengada-ngada dan dimarahi pula.

frust bercampur keliru kena marah (jerit2 kenapa-kenapa??!! sambli hentak2 tangan pada lantai!!)

jika zaman dahulu, nilai-nilai kekeluargaan dan betapa eratnya silaturahim itulah yang membuatkan seorang ibu dan bapa marah. kerana sayang pada anak-anak. kerana ingin mendidik anak-anak. tapi zaman sekarang nilai-nilai itu seperti semakin pupus. tiada usaha untuk memperbaiki jauh lagi mahu memantapkan. tekanan kerja yang tidak henti. kepenatan mencari rezeki. kurang masa beriadah bersama famili. semua ini mungkin penyumbang kepada punca marah. hidup yang menekan. hati jadi kurang sabar. jadi, tidak mustahil jika kita marah orang lain hanya disebabkan oleh tekanan hidup. kita marah bukan sebab sayang atau mendidik!

entahlah, perasaan seperti ini aku dapat kesan hanya apabila wujud perasaan marah. samada marah terhadap orang di sekeliling, atau marah pada diri sendiri. perasaan tidak puas hati ini kebanyakkannya wujud disebabkan oleh tekanan hidup.

semua orang boleh marah-marah. marah memudaratkan atau marah mengelokkan.

jadi, marah kerana sayang?

P/s: maaf entri kali ini agak panjang. tiba-tiba banyak pula idea timbul. haha!

chill~