Latest Entries »

Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts

Tuesday, 26 May 2009

angan dan sedar

holla!

seperti sudah jadi tabiat sebelum tido aku gemar berfikir dan berangan-angan. jarang aku terus tido. otak mesti akan melayang-layang dulu. macam-macam yang aku fikir. segala apa yang tak sempat aku fikir selama ni aku akan fikir masa sebelum tido. berangan pun selalu jugak. haha. tapi aku suka fikir benda-benda yang aku rasa seronok la. macam masa depan aku. fikir matlamat. apa yang aku mahu capai dalam hidup aku. fikir positif lah. secara ringkasnya, aku fikirkan kesempurnaan hidup sebagai seorang anak/lelaki/ketua kepada sebuah institusi. kesempurnaan dari semua aspek yang merangkumi keseluruhannya. cita-cita lah! mana yang rasa penting aku dahulukan dan sebaliknya. perlu susun secara teliti. jika tak ada satu sistem yang baik, matlamat seperti sangat rapuh dan aku rasa tak banyak cita-cita kau akan dapat capai dengan cara macam ini. perlu ada strategi yang baik dan berkesan.

apa yang penting pagi esok bila bangun aku sentiasa berjaya melakarkan satu peta dunia yang baru. tiap-tiap pagi la boleh dikatakan. haha

aku sangat serabut semester ini! tak boleh chill

Monday, 18 May 2009

kelebihan vs kekurangan = sama aje

hai dude! (hai pd babe juga)

ah. lama tak update blog. seperti biasa, alasan malas campur sibuk menjadi pilihan utama. tapi memang sibuk pun. jadi itu dikira sebagai alasan atau apa? asalan mungkin. seperti titik asalan pada graf pula. huhu

ada sapa-sapa boleh merungkai persoalan "kenapa manusia perlu ada perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki"? cemburu disini bukan melibatkan skop cinta tapi diluar daripada itu. maksudnya cemburu melihat kelebihan orang lain. seperti contoh cemburu terhadap rakan sebaya yang hebat bermain guli. itu contoh saja tapi kau boleh saja buat contoh benda lain. jangan ikut aku. kenapa mesti cemburu dengan dia yang terer main guli? pada aku tak perlu sebenarnya kita cemburu dengan kehebatan dia sebab kita juga mungkin ada kelebihan tersendiri. mungkin kita hebat dari dia dalam adat istiadat permainan kona-kondi. sapa tahu kan?

jadi sifat cemburu tu tak perlu sebenarnya walaupun hakikatnya kau memang cemburu. tapi kau boleh tukar perasaan cemburu tu kepada pemangkin untuk kau jadi lebih hebat dari dia yang sememangnya hebat pada kau. tapi bersaing la secara sihat. jangan bersaing secara sakit. jika kau jatuh sakit stop sekejap. dah sihat baru sambung bersaing. baru sihat persaingan tu. macam bangang saranan aku ni. haha

tapi apa-apa pun aku mahu jadi lebih hebat dari orang yang aku rasa cukup hebat di mata aku!
kita mesti hebat dan aktif dari segala aspek baru kita akan dipandang tinggi. tapi jangan riak bila sudah hebat. ikut resmi padi adalah sentiasa terbaeekk!!!

chill-lah!

Saturday, 9 May 2009

cepat panas

hari ini tidak banyak perkara yang aku lakukan. jadi perkara yang aku tak lakukan mestilah lagi banyak. haha

petang tadi lepak sendirian dekat taman. lihat orang main futsal dan badminton. aku? hanya main jongkang-jongket. haha. masa seronok lihat gelagat orang aku terfikir apa perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang? bukan zaman n
eolitik atau pun zaman paleolitik tu. maksud aku zaman mak ayah kita dengan zaman kita. apa bezanya? jangan kata masa, fesyen ataupun warna televisyen. cuba lihat dalam konteks yang lebih luas. aktifkan sedikit otak kamu. aku rasa yang bezanya adalah cara didikan.

jika lihat dari sudut didikan banyak beza zaman dulu dengan zaman sekarang. kita selalu dengar cerita orang tua-tua dulu cukup bengis dan garan
g. pantang silap sikit mesti hinggap "roti panjang" tak pun pelempang jepun kat badan. cikgu-cikgu zaman mak ayah kita dulu pun begitu. garang yang amat! semua murid takut serta amat hormat. semua murid dengar kata. tak berani lawan guru. kredibiliti seorang guru untuk mendidik anak bangsa terserlah. tapi itu zaman mak ayah kita. zaman dulu.

zaman kini, zaman kita. bagaimana?

seperti sudah menjadi sesuatu yang normal lihat remaja bertindak liar jika ditegur. pantang kena marah mesti akan angin satu badan. begitu juga di sekolah. pelajar seperti sudah tidak takut terhadap guru yang garang. silap hari bulan guru juga yang kena maki balik. tiada lagi istilah hormat. dashyat sungguh aura remaja sekarang. orang kata biasalah zaman muda ini darah cepat panas. tapi zaman mak ayah kita tak wujud ke zaman remaja? mereka lahir-lahir terus jadi dewasa tanpa lalui zaman remaja dulu? mustahil. jadi apa beza remaja mak ayah kita dengan remaja masa kita? ramai orang beritahu cara didikan zaman dahulu sudah tidak relevan buat masa sekarang. pada aku itu tidak tepat. sedikit tersasar.

Chill la!!

secara psikologinya (tanpa merujuk mana-mana pakar, hanya teori sendiri, haha), seorang anak itu boleh sahaja dimarahi, mengakui kesilapannya dan menerima, jika mereka jelas sebab mereka di marahi. tapi, kebanyakkan anak-anak zaman sekarang, keliru mungkin, apa salah mereka. sudahlah kurang masa bersama ibu bapa, apabila berjumpa, anak-anak terasa seperti ingin bermanja, tapi disangkakan mengada-ngada dan dimarahi pula.

frust bercampur keliru kena marah (jerit2 kenapa-kenapa??!! sambli hentak2 tangan pada lantai!!)

jika zaman dahulu, nilai-nilai kekeluargaan dan betapa eratnya silaturahim itulah yang membuatkan seorang ibu dan bapa marah. kerana sayang pada anak-anak. kerana ingin mendidik anak-anak. tapi zaman sekarang nilai-nilai itu seperti semakin pupus. tiada usaha untuk memperbaiki jauh lagi mahu memantapkan. tekanan kerja yang tidak henti. kepenatan mencari rezeki. kurang masa beriadah bersama famili. semua ini mungkin penyumbang kepada punca marah. hidup yang menekan. hati jadi kurang sabar. jadi, tidak mustahil jika kita marah orang lain hanya disebabkan oleh tekanan hidup. kita marah bukan sebab sayang atau mendidik!

entahlah, perasaan seperti ini aku dapat kesan hanya apabila wujud perasaan marah. samada marah terhadap orang di sekeliling, atau marah pada diri sendiri. perasaan tidak puas hati ini kebanyakkannya wujud disebabkan oleh tekanan hidup.

semua orang boleh marah-marah. marah memudaratkan atau marah mengelokkan.

jadi, marah kerana sayang?

P/s: maaf entri kali ini agak panjang. tiba-tiba banyak pula idea timbul. haha!

chill~