Latest Entries »

Monday 16 February 2009

Honestly...Budu Itu Sedap!

"Exam dah selesai!! yahooO!! boleh baaaaaaaaaaaaa....aa..aaa.... eh?eh? assignment tak siap lagi kan?? assignment tak siap lagi laa!! tak bleh balik cuti lagi!! uuwwaaaaaaa!!"

Ye saudara. begitu lah keluhan student-student yang tak dapat pulang ke kampung halaman setelah selesai meduduki peperiksaan semester kerana lewat memperolehi assignment brief dari lecturer termasuklah saya..What The F??!!! F is an elphabet after E. (haaa..menjawab2!!)


arrgghh!! aku benci! tak shuke! tak shuke!

tension salah! eh..tension betul!! orang lain dah selamat sampai kampung halaman tapi aku masih lagi menyelak halaman assignment brief ne!
! aarrgghh!! gggrrrrr!! haa..rapat2 kalu nak kena geget!! ggrrrrrrr!! whhrrooofff2!! aaawwuuuuukkk!! adik. tolong ambikkan abang secawan kopi! (baris ini xde kena mengena dengan artikel diatas!!) saper suh korg baca! haha.


aku dah gila. terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca artikel luahan perasaan yang langsung tak ada kena mengena dengan tajuk entry.

tapi.

honestly i'm telling you...(siyoz ne) Budu Itu Sedap! pecayalah!

enuff. sampai di sini sahaja

Friday 13 February 2009

Esok Valentine Day!!

Esok 14 Febuari 2009, Hari Kekasih atau omputeh said as Valentine Day yang entah keberapa kalinya langsung aku tak penah ambik tahu. tak ada sekelumit pun perasaan untuk aku ambik tahu pasal valentine day ne. kalau pasal Valentino Rossi tu mungkin aku agak ambik pusing sebab dia tak ada tali persaudaraan pun dengan aku dan aku agak meminati beliau. rupa kami tak seiras tapi minat kami serupa. suka menunggang jentera yang hebat lagi mahal iaitu YAMAHA. tapi kami bukan rempit. ingaaatt!

Berpulang kepada tajuk entry aku kali ne aku yakin ramai juga orang yang tulis the same thing pada blog mereka kerana mereka juga pun
yai pendapat mereka yang tersendiri tentang isu valentine day ne. begitu juga aku......

ok. biar aku mula dari zaman kanak2 rebina
aku.. (aku tak suka minum rebina!!)

Sejak kecik aku salu dengar cerita tentang valentine day ne. pada mulanya aku kurang faham ape maksud valentine day ne? aku curious juga confuse. aku mula mencari makna yang tersirat itu. aku nak faham. aku nak tahu. aku perlukan jawapan bukan persoalan.




Usia aku makin meningkat. makin banyak benda yang aku tahu dan faham. aku juga tahu apa makna cinta dan couple. dan lepas aku sendiri merasainya aku salu akan berkata begini "Ahh!! takde maknanye couple2!!" semasa teman mula bercerita tentang cinta. bukan aku benci cinta. semua tahu setiap manusia dikurniakan perasaan cinta yang bermula dari kasih dan sayang oleh yang Maha Kuasa. cinta boleh merangkumi
banyak perkara. cinta sesama manusia mahupun cinta kepada Tuhan yang Maha menyintai. oleh itu cinta pun penting pada aku.

tapi.


aku benci orang bercinta tu. maaf kalau ada sape2 terasa. aku cume berkongsi pendapat. aku tak harap pendapat aku ne diterima. kalau setuju alhamdulillah. kalau tak setuju lu boleh belah la bedah!!

ok. ne pendapat aku.


cinta ne kalau cara dan niat tu betul tulus lagi ikhlas tak mengapa. tapi kalau niat yang paling utama tu pun dah salah apetah lagi yang lain-lain
. so bila niat tak betul cara pun akan turut serta mengtakbetul akan dirinya. am i right??or left? ;p

dah puas tersengeh? ok. aku sambung lagi..


niat dan cara yang kurang tepat ini seemangnya berpunca dari pengetahuan yang tak begitu luas. sempit laa kiranya. darah dalam otak nak lalu pun payah. kurang pengetahuan dari segi ilmu agama mahupun ilmu pengetahuan umum ini la yang mensebabkan cinta menjadi buta (serta rabun jauh mcm aku ne). aku agak heran kenapa cinta itu orang kata buta. cinta tu ada mata ke?kalau ada cantik tak mata dia?

aku tak mahu sentuh mengenai mata cinta yang buta tu tapi aku nak sentuh balik pasal valentine day ne. ape kaitannya bebelan aku kat
atas dengan hari kekasih ne?

okay. camni..

sebelum aku kait isu ne dengan galah (sejenis peralatan untuk mengait sesuatu), aku mengidam mahu menerapungkan satu persoalan.."kenapa masih ada lagi orang melayu umat islam khususnya menyambut Hari Kekasih?"

Tidakkah mereka tahu bahawa....

Budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".




Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


Tidakkah mereka yang mengaku Islam tahu pekara ini???

kalau tahu kenapa masih lagi sambut Valentine Day?
Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini sedangkan ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...??

tak paham betthoollah! haihh!

ok. sekarang ne aku akan cuba memahamkan korg ape kaitan bebelan aku dengan fakta valentine day ne. fakta tu aku perolehi dari iluvislam.com.

aku pasti ramai orang dah sedia maklum mengenai fakta tersebut. tapi heran tak masih ada lagi orang melayu umat islam khasnya sambut lagi Hari Valentine walaupun dah tahu lagi faham dengan jelas sejarah disebalik Hari Valentine ne? pelik tak? inilah yang dikatakan sempit ilmu pengetahuan. pengetahuan aku pun bukannya luas mana. tapi sekurang-kurangnya aku sentiasa cuba luaskan pengetahuan dan pemikiran aku yang semakin sempit dan terhimpit oleh ideologi-ideologi barat yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan umat islam seluruhnya. so tepuk dada kuat-kuat sket (kalau boleh s0h member tepukkan!), tanyalah diri....

sama-samalah kita kecilkan anak mata dan kemudian lemparkan pandangan kita jauh-jauh..renungkan la maksudnya! tak perlu la kamu betul2 kecilkan anak mata tu..!

haha.

sekian. wassalam!

p/s: sambut besday Andy lagi bagus! besday dia pun esok! dapat baling2 telur, siram air mop, siram air panas..pastu s0h jamil lenyek die dengan kete!! buleh release tension assignments!! hahahahh!!

Thursday 12 February 2009

Exam Week!!!

Dengar je exam week sume orang menggelabah mcm orang tua baru balik dari mesjid yang lost control ke atas motosikal beliau, terkial-kial kedua belah kaki nak center balik motosikal honda C-70 milik beliau daripada terbabas ke dalam semak. haha. tetapi tidak sama sekali pada aku. kerana aku adalah seorang yang berperibadi coolia (cool+mulia). mungkin kedengaran agak perasan tapi itulah kenyataannya. aku suka perasan akan sesuatu yang berkecenderungan ke arah yang agak menjengkelkan pada korg. mcm contoh, aku perasan aku ini kawaii. mesti korg jengkelkan bila aku perasan aku camtu? tapi aku peduli hape. tak kira! aku tak peduli! aku nak perasan jugak aku camtu! haha.

Minggu ne minggu exam seLegenda! semalam dah lepas satu paper. isnin ne ada lagi satu paper. lepas tu pegi makan ciken cop blackpaper. pa-per la! haha. exam sudah mahu selesai tapi assignment rasa mcm baru bermula. cuti semester hampir tiba. ade lagi tiga assignment termasuk redo satu, jadi empat lagi assignment yang berstatus pending. What The aaiiF!! (bunyik arab sket).

Arrgghh..! sepuluhsion yyaaarr!!

tension........

tertekan...........

kemurungan...........

dan!!!!

kegagalan sistem otak berfungsi secara logik.........

TIDO!!!!!

~tHe eNds~

Monday 9 February 2009

Kali Pertama, Bukan Pertama Kompleks

Ditag untuk kali pertamanya!! Excited! muahehehe..
Telah berjaya Ditag oleh Miss Syahida.
tenkiu2!!

1.Do you think you’
re hot?
Yerp! sometimes..
when i get caught by fever. heheh

2.Upload favourite picture of you.



3.Why do you like that picture?

B'coz tak ada lagi gambar aku botak dalam simpanan. ini kali pertama aku botak licin sepanjang 20 tahun aku hidup. ada rupa anak betong tak? toyol ke? hahaha!!


4.When was the last time you ate pizza?

B4 quitting the job from Pizza Hut last month! Boycott Amerika and Israel!!

5.The last song you listened to?

Song named "banyak songeh"!! haha

6.What are you doing right now besides this?

Makan kacang ngan yin dan minum hot coffee

7.What name would you prefer besides yours?

Hurmm..Tengku Shahril Iskandar Muhaimin of course!! nama tu cool giler bahbeng to me! haha

8.People I’m tagging

- Lekir

- Aswad

- Buddy

- Azlee

- Emyrul

9.Who is number 1?

My close friend, My best buddy.

10.Who is number 3 is having relationship with?

Me laa! i'm her friend what?

11.Say something about number 5.

Politicians. Hidup PKR!! Hidup Pas! Hidup Tok Guru Nik Aziz!!

12.How about number 4?

Classmate. seGayong.

13.Who is number 2?

Roommate. Game Freak too. ngeh3..


Sunday 8 February 2009

Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa as terkejut. "Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina". Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Thursday 5 February 2009

Tentang Aku, Bukan Tentang Bulan

Kali ini aku akan cuba untuk mengupas sedikit sebundle tentang diri aku yakni bukan mengupas kelapa kerana aku bukanlah kelapa seperti yang digembar-gemburkan tetapi aku adalah aku yang mempunyai kepala dan bukannya kelapa. entri kali ini lebih menjurus kepada mengutuk keras diri sendiri. aku akan eleborate lebih lanjut tentang segala persoalan yang bermain di benak fikiran korg apabila melihat keanehan diri aku ini.

bagi sesiapa yang hilang ingatan or kurang daya ingatan. aku repeat balik. nama yang tertera dalam pasport antarabangsa aku adalah Abdul Muhaimin B Mansor. orang bese jerit-jerit nama aku bila melihat kelibat aku adalah amin..!! amin...!! mcm la aku baca doa time tu. haha. mungkin dorg mendoakan kebaikan buat aku. (T_T)?? *terharu campur keliru*

baiklah. aku akan senaraikan seberapa banyak pekara yang korg akan menyampah tentang aku. kire bila korg nampak aku korg rasa nak bakar je aku hidup2.

1. aku suka membongakkan orang. aku pun tak tahu kenapa aku suka melakukan sedemikian rupa. cume aku dapat rasa satu perasaan yang begitu mengkagumkan apabila aku dapat memperbodohkan orang. aku buat dia percaya hidup-hidup berkenaan dengan ape yang aku perkatakan even orang yang mati pun boleh hidup balik bila dia percaya cakap aku. haha. tipu. penah sekali aku kelentong kawan aku cakap aku dah putus dengan awek dia then dia percaya. dah la tu awek dia cemano pulak aku buleh clash dengan awek dia?? couple pun tak..haha. memperbodohkan orang ne buat aku rasa hepi tengok orang tu terpinga-pinga diperbodohkan oleh aku. dan biasanya aku rasa kesepian yang amat sangat bila orang yang aku perbodohkan tu tak tegur aku dah lepas diperbodohkan. (T_T)

2. aku suka menyusahkan orang. menyusahkan orang dalam erti kata lain meng"complicated"kan orang. bukan apa. aku cuma tak senang duduk melihat orang yang duduknya senang-lenang or tanpa melakukan sesuatu untuk duduk. macam kita menduduki peperiksaan jugak kan. kita mesti susah payah study untuk senang dikemudian hari. tul tak? so before dia duduk aku akan pastikan dia susah dulu. pepatah melayu "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian" pun setuju dengan sifat aku yang suka menyusahkan orang ne. haha

3. aku boros. aku sedikit obses dengan duit. pantang ada duit dalam tangan mesti duit tu akan aku tukarkan dengan barang. mudahnya duit itu pergi meninggalkan aku. aku tak pasti apa salah aku. salahkah aku mempunyai duit?

4. aku suka minum kopi. aku addicted pada kopi ini sejak aku kenal ape itu kopi. kopi ne merupakan salah satu kenangan pahit dalam hidup aku sebab aku penah ratah kopi macam ratah milo. pahit sungguh!!

5. aku suka buang masa dengan berangan. berangan buat aku rasa hidup aku ne lebih bermakna kerana hidup aku penuh dengan aktiviti. tak ada satu pun masa aku tak buat apa-apa. kadang-kadang dengan cara ini lah aku dapat idea untuk melakukan sesuatu yang bodoh mahupun bijak tanpa rasa sesal dihati.

6. aku seorang yang pemalu. aku tak nafikan hal itu. aku pun tak tahu kenapa aku ne pemalu. apa yang aku nak malukan pun aku masih tak dapat jawapan bocornya lagi hingga hari ne. tapi aku buleh jadi tak tahu malu bila perasaan malu aku tu hilang hingga sampai satu tahap perkataan malu itu sendiri pun aku dah tak tahu ape maksudnya. haha

7. aku seorang yang pendiam. tapi aku boleh jadi gila dalam sekenyit mata. so berhati-hati.

8. aku suka emo. emosi aku mudah terganggu seketika.
tapi aku cepat cool down and act normal dalam senafas. tapi aku jadi tak normal bila aku mula emo. dan aku tak berminat join mana-mana group emo gothic ke hape.

9. aku suka ketelitian. aku tak suka ada cacat cela dalam apa-apa pun. kesempurnaan itu amat penting pada aku. selagi tak sempurna selagi tu aku menggila!

10. aku suka pentingkan diri sendiri. aku tak suka pentingkan orang lain sebab orang lain tak penah pentingkan aku. so apa yang penting adalah diri aku bukannya diri kau.

11. aku suka memberi pandangan atau pun kritikan yang tak membina. yang melemahkan semangat. yang membina dan memberikan semangat pun aku boleh bagi. terpulang pada mood aku pada masa itu.

12. aku adalah vice-versa thinker. so hati-hati bila keluarkan statement. benda baik boleh jadi buruk dan benda buruk boleh jadi lebih buruk. haha

Sesaat Di Dunia

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita. Astaghfirullahalazim.
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.

Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?





Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?

Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...

Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.

Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...

Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

dipetik dari iluvislam.com

Wednesday 4 February 2009

cemano nk tuleh belog?

Aishh. ngupemye payoh jugok enok nuleh belognyew. idok ngeti idok ngapenye asal enok bajonye. amboihh. teruk beno bunyinye bahasa aku ne. kamu paham ke? haha. rupanya susah jugak nak tulis blog ne ye. nak bagi jadi easy, relax and enjoy reading is quite difficult sebab aku baru belajar tulis blog ne. tengok la sume entry-entry aku yang kat bawah. macam entah apa-apa. huhu .

Tapi tak ape lah kan janji niat nak belajar tu ada. nawaitu kena ikhlas dan jujur walaupun aku ne bukan lah seorang yang jujur kadang-kadang. lebih-lebih lagi bila tengok kucing belang brown landing atas seat moto aku bawah blok tu
memang aku tak boleh jujur masa tu. jujur aku cakap masa tu aku rasa nak lempang je misai kucing tu tapi aku tak berdaya sebab kucing tu kan mahkluk tuhan yang paling comel dan agak scary pada aku. so aku biarkan jela dia lepak-lepak tinggalkan bulu-bulu dia kat atas seat aku tu. aku pun tak sure nape kucing tu creepy pada aku. nape aaa? mungkin sebab kuku dia dengan gigi dia tajam? kan best kalau kucing ne tak ada kuku dan dia pakai gigi palsu for sure aku boleh kutuk-kutuk dia..hahaha


tengok la tuh..mcm bangsat perangai!!