Latest Entries »

Monday, 20 July 2009

full time/part time/ pjj?

sudah seminggu semester baru berlangsung. bermakna ni semester kedua terakhir aku kat KL. semester depan short sem jugak semester last. yessszaa!! juga hanya ada 2 subjek untuk sem depan. hahaha (gelak jahat!) tapi sem ni long sem jadi ada 5 subjek semuanya. agak binasa la beb sebab subjek-subjek sem ni quite tough jugak. mencabar masa tido aku jugak la jawabnya. hehe tapi takpe jika tak ada dugaan yang berat aku mahu ada azam barulah untuk semester baru ni. dah janji pada diri aku akan siapkan semua kerja awal. no last minutes job rules activated! say no to procrastination! aku sudah berazam mahu buat yang terbaik. aku mahu ubah cara hidup aku mulai sekarang. aku mahu maju seperti restoran alimaju curry house sdn. bhd!! (tapi makanan kat situ mahal lah! air kosong pun nak berkira)

urmm..ok

memandangkan aku tinggal hanya lagi 2 sem kat KL jadi sekarang aku agak kusut memikirkan apa patut buat bila dah habis study kat KL? maksud aku lepas praktikal-lah! terus kerja kat tempat praktikal atau sambung buat degree? kalau buat degree aku masih pening mahu buat secara full-time atau part-time atau PJJ? beza ke part-time dengan PJJ? setahu aku sama. belajar seperti sekarang (full-time) aku rasa tak boleh hidup lah. rasa seperti serba tak cukup. susah nak bernafas. selalu kering poket. ada jugak aku fikir mahu buat degree part-time sambil berkerja. kelas hanya pada hujung minggu. hari minggu kerja. rasa macam lebih elok jika buat seperti ni. banyak pekara boleh selesai. tak ada masalah kewangan. yuran belajar pun aku boleh bayar sendiri. tak perlukan loan. tapi cara macam ni makan masa lah untuk aku dapat ijazah. lebih kurang 6 tahun baru boleh grad. memang rasa malas. rasa seperti tak habis-habis belajar. takut aku mengalah separuh jalan nanti. haha

tapi pilihan untuk buat degree part-time aku rasa yang terbaik lah sekarang ni.

apa pandangan kamu??