Latest Entries »

Monday, 18 May 2009

kelebihan vs kekurangan = sama aje

hai dude! (hai pd babe juga)

ah. lama tak update blog. seperti biasa, alasan malas campur sibuk menjadi pilihan utama. tapi memang sibuk pun. jadi itu dikira sebagai alasan atau apa? asalan mungkin. seperti titik asalan pada graf pula. huhu

ada sapa-sapa boleh merungkai persoalan "kenapa manusia perlu ada perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki"? cemburu disini bukan melibatkan skop cinta tapi diluar daripada itu. maksudnya cemburu melihat kelebihan orang lain. seperti contoh cemburu terhadap rakan sebaya yang hebat bermain guli. itu contoh saja tapi kau boleh saja buat contoh benda lain. jangan ikut aku. kenapa mesti cemburu dengan dia yang terer main guli? pada aku tak perlu sebenarnya kita cemburu dengan kehebatan dia sebab kita juga mungkin ada kelebihan tersendiri. mungkin kita hebat dari dia dalam adat istiadat permainan kona-kondi. sapa tahu kan?

jadi sifat cemburu tu tak perlu sebenarnya walaupun hakikatnya kau memang cemburu. tapi kau boleh tukar perasaan cemburu tu kepada pemangkin untuk kau jadi lebih hebat dari dia yang sememangnya hebat pada kau. tapi bersaing la secara sihat. jangan bersaing secara sakit. jika kau jatuh sakit stop sekejap. dah sihat baru sambung bersaing. baru sihat persaingan tu. macam bangang saranan aku ni. haha

tapi apa-apa pun aku mahu jadi lebih hebat dari orang yang aku rasa cukup hebat di mata aku!
kita mesti hebat dan aktif dari segala aspek baru kita akan dipandang tinggi. tapi jangan riak bila sudah hebat. ikut resmi padi adalah sentiasa terbaeekk!!!

chill-lah!