kali ini aku mahu cerita pasal blog aku. tak ada yang best pun tentang blog ini yang mahu aku kongsi. cuma rasa seperti tertanya-tanya kenapa aku mesti ada blog. bukan aku saja. orang lain pun sama. kenapa harus ada blog? adakah sebab kau adalah seorang yang begitu keji dikalangan kawan-kawan kerana pada mereka kau ni sangat membosankan menyebabkan kau buat blog untuk jadikan kawan kau? atau tak mahu dikatakan ketinggalan zaman jika tak ada blog?
aku pun tak faham kenapa harus ada blog. tapi seronok ada blog ini. macam-macam boleh buat. paling happening sekali jika ada blog adalah wujud perasaan malas mahu buat assignments sebab sering update blog. haha! dalam blog macam-macam kau letak. pandangan kau lah cerita kau lah pendapat kau lah. seperti mahu tunjuk kau seorang yang berpandangan jauh dan begitu matang. seorang pemerhati dan penganalisa yang hebat! tapi apa yang sepatutnya dan wajib kau buat sebagai seorang diri kau sendiri pada masa itu kau abaikan. kalau betul apa yang aku katakan ini, kita serupa lah. haha!
saja tulis entry ni mahu hilangkan kusut. tapi masih kusut lah!