Latest Entries »

Friday 11 September 2009

duet-duet dimana kau duit

hi semua. sudah lama aku tinggalkan blog ni. dah bersawang jika ini rumah. aku tak menulis lama kerana banyak perkara yang lebih penting perlu aku uruskan. sebenarnya banyak perkara yang tertinggal bagi aku tulis dalam blog ni. setiap masa aku berfikir, mengkaji dan memerhati. perlu diari tambahan lah aku fikir. boleh catat apa saja yang terlintas difikiran aku pada masa tu. kemudian taip dlm blog. tak ada perkara yg terlepas bagi aku kupas mcm ni. nanti lah aku fikir

masalah terbesar bagi seorang pelajar mcm aku ni adalah duit. selalu juga aku ada masalah kewangan. ramai orang kata.."no money no talk","ada duit semua jadi". besar sungguh peranan duit pada semua org. kdg2 aku fikir siapa cipta duet? maksud aku sistem berduet lah. bkn duet karaoke tu. maaf lah. aku lebih suka eja duet drpd duit. nmpak mcm perkataan sepanyol bila eja mcmtu. mungkin kau tak faham. kdg2 seni abstrak sukar difahami org lain.


sebelum sistem berduit dicipta wujud sistem barter. aku rasa sistem barter jauh lebih best dari sistem berduit. sistem barter adalah sistem pertukaran barang. tidak melibatkan duit tetapi nilai yang lebih kurang. jika sistem barter dikekalkan, aku rasa tak ada orang miskin dan orang kaya di muka bumi ni. semua manusia hidup sederhana dan rapat antara satu sama lain sebab masing2 bertukar2 barang untuk hidup. tak perlu susah payah cari duit. masing-masing merasa hasil sesama sendiri.

cuba bayangkan kau perlukan kereta. pergi saja kedai kereta minta sebijik kereta yang kau mahu. sebagai balasan, bila tauke kereta perlukan pertolongan satu hari nanti kau akan tolong atau bagi apa yang mungkin dia perlukan. mungkin kau rasa idea ini agak mengarut, tapi aku rasa boleh berjaya jika semua manusia berkerjasama.

apa yang penting? kerjasama