Latest Entries »

Wednesday 22 April 2009

bunga rose yang layu

sudah lama aku tak menulis. sibuk dengan aktiviti yang gila. baru hari ni ada masa terluang menulis semula. rasa seperti baru sembuh dari kecederaan yang separa parah sakurah. (para-para sakura XD) kepala gila sudah mulai bercambah. perlu cuba kawal selia ni. ok. sudah elok

bila baca balik entry yang lepas2 rasa semacam perasaan yang entah apa2. mcm bodoh pun ada. apa yang aku tulis sebelum ni? mcm bangang! haha. tapi ada juga yang pada aku memberi manfaat pada kau yang baca. tapi bukan karangan aku la. aku cuma tekan Ctrl+C dan Ctrl+V pada papan kekunci bila terpandang artikel2 yang sangat bagus dan menarik perhatian. niat aku hanya untuk berkongsi. kalau kau baca kau faham. bagus la

melihat sekuntum bunga rose layu dalam botol air mineral 500ml yang berisi air kosong campur panadol sebelah komputer aku. perlu buat begitu kata bazlan kalau mahu bunga tu terus segar. tapi makin layu aku lihat. makin tak bermaya. haha. entah la. mungkin aku salah cara agaknya


cun juga bunga mawar ni. bila sudah layu jadi lebih abstract. seolah mempunyai maksud yang tersendiri bila pandang lama-lama. misteri..

bunga rose tu aku peroleh masa menjayakan pementasan teater "apo kono eh jang" anjuran EDS. pertama kali dapat bunga rose seumur hidup. tapi macam pelik je kan? mcm janggal..hmm..muahaha