aku yakin semua rakyat Malaysia sedar akan peralihan kuasa yang berlaku baru-baru ini. aku pun sedar. setelah lama memerhati dan boleh membuat penilaian dengan matang, terus-terang dapat aku katakan disini, aku cukup resah dan cemas! resah dengan keadaan Malaysia sekarang. resah dalam banyak aspek. dari aspek ekonomi mungkin aku kurang terasa. aku kurang peduli. tapi jika dari aspek politik aku cukup peka dan sensitif! orang lain pun sama
kenapa?
sebab pada aku politik boleh menentukan golongan manakah kita akan tergolong masa diakhirat kelak. syurga atau neraka. puncanya mudah. pemimpin dan yang dipimpin. aku akui, selain agama, politik juga perlu bagi menjamin kemajuan ummah sesebuah ketamadunan. malas mahu ulas lebih lanjut tentang politik kerana aku kurang arif dalam sejarah politik tapi aku yakin dalam islam, sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW lagi pun sudah ada politik. tanpa politik keadaan mudah jadi kucar kacir. tiada kawalan
tapi..
keadaan sekarang sudah berbeza. terbalik. politik lah yang mengkucar kacirkan semua. bukan menyatupadukan. ada yang menindas dan ditindas. bukan mahu menyalahkan atau menuding jari pada sesiapa. cuma aku keliru. kenapa perkara ini berlaku. dimana silapnya? apa puncanya?
jika kembali kepada agama islam, diri sendiri lah puncanya. tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. ayat ini mengekspresi bahawa usaha untuk berubah adalah sesuatu yang penting dan mustahak. tanpa usaha kita tak akan kemana. diam disitu saja. dalam islam juga diberitahu cara dan peringkat-peringkat untuk mewujudkan sebuah institusi yang berjaya. institusi itu negara contohnya. untuk membina sebuah negara yang berjaya dan islamik perlu ada langkah-langkahnya. pertama, perlu mula dari diri sendiri. tanamkan islam dalam diri. kemudian baru keluarga dan pergi kepada masyarakat dan akhir sekali negara. (lebih kurang begitu lah peringkatnya. maaf jika salah!! sila betulkan.) barulah negara yang islamik berjaya diwujudkan.
aku hairan melihat orang asyik menyalahkan orang lain. mahu sebuah pemerintahan yang islamik tapi melihat dan asyik mengkritik orang lain. risau kerana orang itu akan menghancurkan impiannya. kenapa tidak lihat saja diri sendiri? sudah cukupkah usaha mahukan sebuah negara yang islamik dan aman? jika tiada lagi jalan yang boleh diusahakan, tawakal saja kepada Allah SWT. berserah itu jalan terakhir. itu yang sebaiknya. kita sudah lakukan yang termampu. selebihnya bukan kemampuan kita. berserah saja lah
kita sebagai yang dipimpin buatlah keputusan yang bijak dan matang dalam memilih pemimpin kerana pemimpin mampu meletakkan kita ke syurga mahupun neraka. peranan kita memilih pemimpin yang layak untuk memimpin juga akan dipersoalkan diakhirat kelak. jangan hipokrit. jangan gadaikan prinsip diri dan masa depan hanya kerana kepentingan peribadi dan kroni yang hanya bersifat sementara. apa-apa pun, semua dan segalanya bermula dari diri kita
hanya pandangan ku,