Latest Entries »

Tuesday, 26 May 2009

angan dan sedar

holla!

seperti sudah jadi tabiat sebelum tido aku gemar berfikir dan berangan-angan. jarang aku terus tido. otak mesti akan melayang-layang dulu. macam-macam yang aku fikir. segala apa yang tak sempat aku fikir selama ni aku akan fikir masa sebelum tido. berangan pun selalu jugak. haha. tapi aku suka fikir benda-benda yang aku rasa seronok la. macam masa depan aku. fikir matlamat. apa yang aku mahu capai dalam hidup aku. fikir positif lah. secara ringkasnya, aku fikirkan kesempurnaan hidup sebagai seorang anak/lelaki/ketua kepada sebuah institusi. kesempurnaan dari semua aspek yang merangkumi keseluruhannya. cita-cita lah! mana yang rasa penting aku dahulukan dan sebaliknya. perlu susun secara teliti. jika tak ada satu sistem yang baik, matlamat seperti sangat rapuh dan aku rasa tak banyak cita-cita kau akan dapat capai dengan cara macam ini. perlu ada strategi yang baik dan berkesan.

apa yang penting pagi esok bila bangun aku sentiasa berjaya melakarkan satu peta dunia yang baru. tiap-tiap pagi la boleh dikatakan. haha

aku sangat serabut semester ini! tak boleh chill