Latest Entries »

Monday, 6 July 2009

procrastination

mungkin setengah daripada kamu faham apa itu maksud procrastination. nampak seperti sangat serabut dan kusut pemahamannya. tapi itulah maksud bagi sikap bertangguh. macam aku lah. procrastination habit ini sangat mempengaruhi prestasi aku sebagai pelajar secara specific dan manusia generalnya! aku sebenarnya sangat benci dengan habit seperti ini. selalu juga aku fikir sampai kapan mahu cenggini ya dong?? usia ku semakin senja tapi habitnya tetap cenggitu juga. haha! tak sapal-sapal cakap seberang..

ok.

sekarang aku mahu highlights perkara-perkara yang mungkin menjadi faktor kepada procrastination ini. sila baca dengan teliti okay!

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa
20) Ketagih suka baca blog ini
21) Ada 9-belas saja kesemuanya. 3 yang terakhir ini saja aku tambah sebab mahu bagi nampak banyak
22) itu saja

P/s: jadi tunggu apa lagi?teksi?tak kan lah tunggu teksi pulak! jadi cepat ubah sikap sebelum jadi habit yang kurang sehat. ok dude? aku baru nak mula lah ni

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka"