Latest Entries »

Tuesday, 28 July 2009

tag!

aku tak berapa suka jawab soalan-soalan tag lah. malas mahu memikir untuk jawab soalan. aku lebih suka fikir sesuatu yang spontan. tidak dirancang dan sesuatu yang bermanfaat untuk aku fikir. jawab tag rasa seperti jawab soalan survey untuk thesis (group project). haha

1. Besides your lips, where is the favourite spot to get kissed?
secret! ahaa..u know lah!

2. How did you feel when you woke up this morning?
sangat mengantuk. malas mahu pergi kelas. nak sambung tido

3. Who was the last person / people you took a photo with?
aku ada masalah ingatan lah!

4. Would you consider yourself spoiled?
kadang-kadang. tak ada orang sempurna

5. Will you ever donate blood?
tak akan. aku sangat kedekut!

6. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
mestilah! hidup harus universal

7. Do you want someone to be dead?
tak ada. aku sayang semua orang.

8. What does your last text message say ?
apa rasionalnya aku jawab soalan ni? =.="

9. What are you thinking right now ?
apa jawapan nak letak untuk soalan ni.

1o. Do you want someone to be with you right now ?
tak payah lah. aku nak tido. buat semak saja

11. What was the time you went to bed last night ?
pukul 2 pagi waktu Malaysia

12. Where did you buy the tee you are wearing now ?
sedang separuh bogel sekarang.

13. Is someone on your mind right now ?
Pegawai mara. duit mara belum masuk!

14. Who was the last person who text you ?
En. Langit

TEN Lucky Person to do this quiz...
tak payah lah. aku tak suka jawab tag dan tag orang.

sekian.

P/s: this is the first and the last aku buat tag. lepas ini malas dah

terima kasih miss budDy kerana mengetag saya!

Monday, 27 July 2009

blog makeover

aku suka tengok rancangan "restaurant makeover" atau "opening soon" kat channel afc. seronok tengok restoran diubahsuai jadi lebih gempak dan sale juga makin meningkat! kat Malaysia aku rasa tak ada rancangan sebegitu. mungkin sebab rakyat malaysia jenis rendah diri dan tak suka menunjuk bila renovate restoran. tapi jika ada rancangan sebegitu seronok jugak. boleh layan konsep apa yang designer-designer malaysia terapkan. konsep timur atau konsep barat. aku lebih suka konsep timur seperti ala-ala kekampungan. jika konsep barat pada aku lebih sesuai untuk kawasan urban lah.

ini pula tentang blog makeover. tapi tak lah terlalu over aku make up blog ni. aku hanya buat simple dan bersih. aku suka konsep sebegini. ringkas dan kemas. aku design sendiri header image blog ni. buat reka bentuk macam ni tak ambik masa yang lama. tapi ponteng setengah jam awal masa kelas QSPB jugak lah tadi. hahaha. balik kelas aku sambung siapkan. agak puas hati lah hasil kerja macam ni bagi aku. walaupun biasa-biasa saja tapi aku suka dan rasa berbaloi masuk kelas lambat tadi. haha

P/s: kau rasa mcm mana dengan rupa baru blog aku ni? komen-lah sikit!

blog address pun aku tukar ;)

Sunday, 26 July 2009

Be Proud With Your Certificate Legendarians!!!

terima kasih kepada yang suka baca blog ini. aku cukup hargai kamu. terima kasih juga pada yang beri sokongan dan komen-komen yang membina. aku akan cuba terus berkongsi segala pandangan dan cerita yang bermanfaat untuk kau baca selepas ini. sharing is caring! harus la kan?

okay.

jika kau rasa kau salah seorang warga Legenda satu saja aku mahu cakap..BE PROUD! (ok aku tipu. dua apatah perkataan bukan satu) sebelum ni aku kadang-kadang seperti kurang yakin dengan sijil yang ditawarkan kat KL. was-was lah. sory to say so! tapi aku rasa aku harus fikir semula lah sebab baru aku tahu sijil-sijil kat KL ni pun ada nilai yang bagus. =.=' kira ada masa depan juga lah study kat KL ni. haha. untuk makluman kau yang sedang baca ini, sijil BTEC HND KL juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. maklumat lanjut sila klik sini (sila taip "BTEC HND" dalam kotak carian/search). mahu kerja gomen lah!

P/s: agak kecewa lah sebab HND disamakan taraf dengan diploma. pada pandangan aku, HND
sepatutnya sama taraf dengan pra-ijazah bukan diploma. tak gitu?

Friday, 24 July 2009

pasal blog ini

sekarang aku rasa blog aku sangat membosankan! rasa seperti sudah malas tulis blog. macam sudah tak ada apa yang boleh aku cakap. rasa mahu delete semua entri-entri sebelum ni. aku nak mula tulis blog dari awal balik. nak tukar layout blog yang tak menarik ini. nak ubah semua sekali.

macam mana?

boleh/setuju?

Monday, 20 July 2009

full time/part time/ pjj?

sudah seminggu semester baru berlangsung. bermakna ni semester kedua terakhir aku kat KL. semester depan short sem jugak semester last. yessszaa!! juga hanya ada 2 subjek untuk sem depan. hahaha (gelak jahat!) tapi sem ni long sem jadi ada 5 subjek semuanya. agak binasa la beb sebab subjek-subjek sem ni quite tough jugak. mencabar masa tido aku jugak la jawabnya. hehe tapi takpe jika tak ada dugaan yang berat aku mahu ada azam barulah untuk semester baru ni. dah janji pada diri aku akan siapkan semua kerja awal. no last minutes job rules activated! say no to procrastination! aku sudah berazam mahu buat yang terbaik. aku mahu ubah cara hidup aku mulai sekarang. aku mahu maju seperti restoran alimaju curry house sdn. bhd!! (tapi makanan kat situ mahal lah! air kosong pun nak berkira)

urmm..ok

memandangkan aku tinggal hanya lagi 2 sem kat KL jadi sekarang aku agak kusut memikirkan apa patut buat bila dah habis study kat KL? maksud aku lepas praktikal-lah! terus kerja kat tempat praktikal atau sambung buat degree? kalau buat degree aku masih pening mahu buat secara full-time atau part-time atau PJJ? beza ke part-time dengan PJJ? setahu aku sama. belajar seperti sekarang (full-time) aku rasa tak boleh hidup lah. rasa seperti serba tak cukup. susah nak bernafas. selalu kering poket. ada jugak aku fikir mahu buat degree part-time sambil berkerja. kelas hanya pada hujung minggu. hari minggu kerja. rasa macam lebih elok jika buat seperti ni. banyak pekara boleh selesai. tak ada masalah kewangan. yuran belajar pun aku boleh bayar sendiri. tak perlukan loan. tapi cara macam ni makan masa lah untuk aku dapat ijazah. lebih kurang 6 tahun baru boleh grad. memang rasa malas. rasa seperti tak habis-habis belajar. takut aku mengalah separuh jalan nanti. haha

tapi pilihan untuk buat degree part-time aku rasa yang terbaik lah sekarang ni.

apa pandangan kamu??

Monday, 6 July 2009

procrastination

mungkin setengah daripada kamu faham apa itu maksud procrastination. nampak seperti sangat serabut dan kusut pemahamannya. tapi itulah maksud bagi sikap bertangguh. macam aku lah. procrastination habit ini sangat mempengaruhi prestasi aku sebagai pelajar secara specific dan manusia generalnya! aku sebenarnya sangat benci dengan habit seperti ini. selalu juga aku fikir sampai kapan mahu cenggini ya dong?? usia ku semakin senja tapi habitnya tetap cenggitu juga. haha! tak sapal-sapal cakap seberang..

ok.

sekarang aku mahu highlights perkara-perkara yang mungkin menjadi faktor kepada procrastination ini. sila baca dengan teliti okay!

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa
20) Ketagih suka baca blog ini
21) Ada 9-belas saja kesemuanya. 3 yang terakhir ini saja aku tambah sebab mahu bagi nampak banyak
22) itu saja

P/s: jadi tunggu apa lagi?teksi?tak kan lah tunggu teksi pulak! jadi cepat ubah sikap sebelum jadi habit yang kurang sehat. ok dude? aku baru nak mula lah ni

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mengubah nasib mereka"