hari ini aku seperti mahu bercakap soal pasangan. kebiasaannya aku tidak minat mahu sentuh soal seperti ni. pernah furst. malas mahu buang masa lagi dengan perkara yang belum pasti pengakhirannya. tapi agak seronok jika bercerita tentang watak dan perwatakan pasangan yang kita impikan. aku agak ini adalah kemahuan majoriti lelaki terhadap pasangan lah.
sopan. lelaki biasanya suka wanita yang sopan dan lemah lembut dalam setiap kelakuannya. bukan control!! itu palsu. sifat lemah lembut dan sopan santun melambangkan watak sebenar kaum hawa. kelihatan ayu dan tertib tanpa prasangka. wanita seperti ini mempunyai kuasa mencairkan hati lelaki yang keras macam ais batu dalam fridge!! amat hebat. jika muka saja cantik tapi tiada adab, lelaki akan pandang juga tapi akan menyesal kemudian hari.
cantik dan cun. ramai wanita kata lelaki hanya pandang wanita yang cantik dan cun serta hot! betullah tu. sudah lumrah setiap manusia sukakan kecantikan. lelaki bukan memilih tapi hanya mencari yang terbaik bagi diri sendiri. cantik tak semestinya rupa saja. budi pekerti, sikap, adab dan cara wanita pun kena cantik. lelaki mengambil calculator kira semua itu. tak boleh guna sempoa, main congak saja. jika rupa saja cun perangai tunggang terbalik, tiada sifat sopan santun lelaki pandang kau pun sekilas saja lah. tak lama. cinta sesaatku bak kata band matta dalam lagu ketahuan. huhu
matang. majoriti lelaki suka wanita yang matang. matured lah. pe'el kebudak-budakkan ini sungguh membencikan dan merimaskan! childish biasanya gadis bukan wanita. wanita sudah matang dan mempunyai sifat manja. bagi lelaki wanita yang matang memudahkan. tidak me"migraine"kan kepala hotak. mempunyai sikap understanding dan prihatin yang amat tinggi. pada aku lah, wanita yang matang tidak memperbesarkan perkara yang remeh temeh. hanya cool setiap masa. baru lah chill.
penampilan. cara pemakaian wanita juga dititik berat oleh lelaki. pada aku cukuplah sekadar mengenakan penampilan yang sopan, simple dan matang. jika kau sememangnya sopan santun lagi bagus sebab ianya turut mempengaruhi penampilan diri kau. penampilan sebenarnya is not a big deal pada aku sebab itu semua flexible. boleh dibentuk kemudian. karekter diri lagi penting daripada penampilan. karekter kita melambangkan siapa kita. tak boleh sembunyi dan hipokrit.
kesimpulannya, wanita seperti ini sudah cukup sempurna bagi lelaki:-
1. sopan santun
2. cantik, cun dan hot!
3. matang
4. penampilan kemudian, tapi jangan lah terlalu selekeh pulak! haha
P/s: apa-apa pun lihatlah diri kita dulu sebelum mahu lihat orang lain. jika lihat orang utan tak mengapa mahu lihat diri kita kemudian. hahaha