petang tadi lepak sendirian dekat taman. lihat orang main futsal dan badminton. aku? hanya main jongkang-jongket. haha. masa seronok lihat gelagat orang aku terfikir apa perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang? bukan zaman neolitik atau pun zaman paleolitik tu. maksud aku zaman mak ayah kita dengan zaman kita. apa bezanya? jangan kata masa, fesyen ataupun warna televisyen. cuba lihat dalam konteks yang lebih luas. aktifkan sedikit otak kamu. aku rasa yang bezanya adalah cara didikan.
jika lihat dari sudut didikan banyak beza zaman dulu dengan zaman sekarang. kita selalu dengar cerita orang tua-tua dulu cukup bengis dan garang. pantang silap sikit mesti hinggap "roti panjang" tak pun pelempang jepun kat badan. cikgu-cikgu zaman mak ayah kita dulu pun begitu. garang yang amat! semua murid takut serta amat hormat. semua murid dengar kata. tak berani lawan guru. kredibiliti seorang guru untuk mendidik anak bangsa terserlah. tapi itu zaman mak ayah kita. zaman dulu.
zaman kini, zaman kita. bagaimana?
seperti sudah menjadi sesuatu yang normal lihat remaja bertindak liar jika ditegur. pantang kena marah mesti akan angin satu badan. begitu juga di sekolah. pelajar seperti sudah tidak takut terhadap guru yang garang. silap hari bulan guru juga yang kena maki balik. tiada lagi istilah hormat. dashyat sungguh aura remaja sekarang. orang kata biasalah zaman muda ini darah cepat panas. tapi zaman mak ayah kita tak wujud ke zaman remaja? mereka lahir-lahir terus jadi dewasa tanpa lalui zaman remaja dulu? mustahil. jadi apa beza remaja mak ayah kita dengan remaja masa kita? ramai orang beritahu cara didikan zaman dahulu sudah tidak relevan buat masa sekarang. pada aku itu tidak tepat. sedikit tersasar.
secara psikologinya (tanpa merujuk mana-mana pakar, hanya teori sendiri, haha), seorang anak itu boleh sahaja dimarahi, mengakui kesilapannya dan menerima, jika mereka jelas sebab mereka di marahi. tapi, kebanyakkan anak-anak zaman sekarang, keliru mungkin, apa salah mereka. sudahlah kurang masa bersama ibu bapa, apabila berjumpa, anak-anak terasa seperti ingin bermanja, tapi disangkakan mengada-ngada dan dimarahi pula.
jika zaman dahulu, nilai-nilai kekeluargaan dan betapa eratnya silaturahim itulah yang membuatkan seorang ibu dan bapa marah. kerana sayang pada anak-anak. kerana ingin mendidik anak-anak. tapi zaman sekarang nilai-nilai itu seperti semakin pupus. tiada usaha untuk memperbaiki jauh lagi mahu memantapkan. tekanan kerja yang tidak henti. kepenatan mencari rezeki. kurang masa beriadah bersama famili. semua ini mungkin penyumbang kepada punca marah. hidup yang menekan. hati jadi kurang sabar. jadi, tidak mustahil jika kita marah orang lain hanya disebabkan oleh tekanan hidup. kita marah bukan sebab sayang atau mendidik!
entahlah, perasaan seperti ini aku dapat kesan hanya apabila wujud perasaan marah. samada marah terhadap orang di sekeliling, atau marah pada diri sendiri. perasaan tidak puas hati ini kebanyakkannya wujud disebabkan oleh tekanan hidup.
semua orang boleh marah-marah. marah memudaratkan atau marah mengelokkan.
jadi, marah kerana sayang?
P/s: maaf entri kali ini agak panjang. tiba-tiba banyak pula idea timbul. haha!
chill~
P/s: maaf entri kali ini agak panjang. tiba-tiba banyak pula idea timbul. haha!
chill~
5 comments:
i dlu kne je rotan,kne je hanger..paip getah tuh pun kne..
tali pinggang...aaa..
ape???cme care didikan mak bapak je la...
manjeeeeeee :D
Aku kena tembak.. Nasib baik idop lagi... wahaha tipu jer
anem --> time u tu kre zaman kita semua la..i pun pnah rsa bnda2 tu sume. siap kena tetak lagi. nasib baik kena rambut. putus la sehelai dua. haha!
naqib --> aku kena panah dr jauh! naseb baek dpat elak tp tembus kt peha je. lg tipu!! haha!
eh aku pon kene..siap kene bung dlm perigi(sebenarnye jatuh sendiri)..huhuhu extreme x aku??
azlee --> extreme2!! extreme yg eksyen! haha
Post a Comment