Latest Entries »

Monday, 3 August 2009

makhluk yang seronok bersama selalu

hi semua. sejak kebelakangan ni aku rasa hidup aku sangat bosan lah. dah lama aku fikir pasal hidup aku. selalu jugak fikir. rasa seperti hidup aku sangat biasa. tak seronok. asyik buat perkara yang sama. lepak tempat sama. dengan orang yang sama. buat benda sama. cerita benda sama. semua sama. berulangan selalu. bosan lah! macam tak ada matlamat hidup. tak meriah dan tak seronok. hati aku seperti meronta mahukan kelainan dan perubahan. aku mahu hidup aku lebih bermakna. aku mahu lakukan sesuatu yang meriah dan happening dalam hidup aku! sekarang hidup aku sangat biasa. =.=" duuh~

aku suka perkara yang tidak dirancang dalam hidup. jika mahu buat aku redah saja. tak fikir panjang. not playing safe. bagi aku orang yang play safe ni tak reti dan tak mahu berdikari. kena buat perancangan dulu baru buat keputusan. itu bukan cara aku lah. aku suka sesuatu yang spontan. tak ada perancangan. just do it jika mahu buat! apa yang bakal kita hadapi seperti suprise dan buat kita tertanya-tanya apa akan berlaku lepas ni. macam tu baru seronok dan mencabar. haha

mahu cari kawan yang happening lah! yang sporting dan flexible juga gila-gila! kau rasa kau macam tu tak? kawanlah dengan aku. kita hangout sama-sama. jadi kawan rapat

P/s: aku sangat series masa menulis entri ini. muka sangat tekun dan kejam tapi penuh dengan harapan dan cita-cita