Latest Entries »

Monday, 3 August 2009

makhluk yang seronok bersama selalu

hi semua. sejak kebelakangan ni aku rasa hidup aku sangat bosan lah. dah lama aku fikir pasal hidup aku. selalu jugak fikir. rasa seperti hidup aku sangat biasa. tak seronok. asyik buat perkara yang sama. lepak tempat sama. dengan orang yang sama. buat benda sama. cerita benda sama. semua sama. berulangan selalu. bosan lah! macam tak ada matlamat hidup. tak meriah dan tak seronok. hati aku seperti meronta mahukan kelainan dan perubahan. aku mahu hidup aku lebih bermakna. aku mahu lakukan sesuatu yang meriah dan happening dalam hidup aku! sekarang hidup aku sangat biasa. =.=" duuh~

aku suka perkara yang tidak dirancang dalam hidup. jika mahu buat aku redah saja. tak fikir panjang. not playing safe. bagi aku orang yang play safe ni tak reti dan tak mahu berdikari. kena buat perancangan dulu baru buat keputusan. itu bukan cara aku lah. aku suka sesuatu yang spontan. tak ada perancangan. just do it jika mahu buat! apa yang bakal kita hadapi seperti suprise dan buat kita tertanya-tanya apa akan berlaku lepas ni. macam tu baru seronok dan mencabar. haha

mahu cari kawan yang happening lah! yang sporting dan flexible juga gila-gila! kau rasa kau macam tu tak? kawanlah dengan aku. kita hangout sama-sama. jadi kawan rapat

P/s: aku sangat series masa menulis entri ini. muka sangat tekun dan kejam tapi penuh dengan harapan dan cita-cita

6 comments:

Bukan siapa-siapa said...

haha..entry kire xleyh blah la..
eyh..aku gila2 pe..bru je kluar dr tg rmbutan..xnk plak ko lpak ngn aku?
;p
aku pn xske plan2 ni..


notatetek : try menaip dengan mata juling, and aku berjaya! dan menaip dgn muka serious macam nak bunuh orang tapi hati sesuci embun pagi..(ye la sgttt)

Anonymous said...

Ulasan 1 :
jom lepak2 ngn dak2 surau...nk cari yg mcm mn..sume ada, yg happening, yg brutal,yg blur,yg sengal,yg soleh, yg sporting ect...sume ada. Kami dak2 surau jrg rasa bosan, sbb lepak2 kt surau ada ketenangan,ada keberkatan. Jamaah sama2,berzikir sama2,bersalaman sama2,kdg2 ada jer makanan org sedekah -makan sama2, subhanallah, seronok betul...kbykn budak2 surau pointer dorg bagus2...every current semester konfem tersenarai dlm Dean List...itulah keberkatan berjamaah....berjaya hidupkan satu sunnah Rasulullah SAW...

Ulusan 2 :
Bg aku la, sblm nk buat apa2 kena ada perancangan,dgnnya maka insyaAllah segala yg diinginkan akan berjaya,bkanlah itu tuntutan dlm Islam?

nota kaki : ketika menaip ini, hati berkata2..moga kau pon sama2 join kami....(jgn buat xpaham lak..hehe)

ZaYaNunAlifLam said...

kadang2 angan kita x mampu kita capai kerana kekangan dalam diri,

kadang2 angan itu bagus dan membina tapi jgn lupa angan2 yg mampu memusnah dan membinasa..

kesimpulan dalam kehidupan, jadilah diri anda yg sebenar2nya, letak target yg anda benar2 mahu capai dunia & akhirat, pedulikan kata2 orang yg x nk bergerak aka statik dlm 1 point..

Kdg2 kita melihat siput, kita bersungut lembabnya ko siput nak tertidur aku, kadang kita melihat
F1, jarang bersungut kerana laju sgt sbb kamera sentiasa fokus pada angle yg bagus.. Kita kadang melihat, berjalan, beribadat tapi terlupa bumi ini bergerak, masa blah meninggalkan orang2 yg leka..

dlm ap sudut pun, man2 (sedang2) i2 yg terbaik..

andai ada mahu seisi dunia berubah, ubahlah diri anda dahulu..

andai anda mahu digerakkan hati dan minda serta diri anda byklah berusaha tanpa jemu, berdoa dan bertawakkal kepadaNYA..

Semua terletak pada tgn anda dude..

Xde org bley ubah nasib seseorang i2 melainkan dgn tgn dy sendiri mengubahnya..

kaji apa kekuatan & kelemahan diri, perbaiki dan serlahkan diri moga orang sekeliling menerima impaknya..

kadang kita tidak dungu tapi menjadi dungu kerana kemalasan kita..

fikir2 dan renung2kan wahai sahabat..

LinenAwanan: Dalam ketenangan menutup akaun kedai, aku mencuri sedikit masa untuk menitip pandangan demi kebahagiaan seseorang yg aku kenal.. Moga harapan beliau itu tidak menyebabkannya mencari opportunist dan gila dunia semata..

Amin Jaymien said...

to Mr. K: Ulasan 1, aduuhh..betul2 mkn dalam tuh ustaz..huhu..adeyh.. hehe..yelah..insyaAllah..mmg ade perancangan nk buat sume tu..betul dan mmg benar segala apa yg ustaz ckpkn tu.. (T-T)

Ulasan 2, mmg betul..sy setuju..tp ape yg sy mksudkn tu adalah sy kdg2 saja suka berdepan dgn sesuatu perkara/situasi yg tak dijangka berlaku..nk tgok/uji sejauh mna kepasrahan/keredhaan terhadap apa yg berlaku tu..nk cuba atasi masalah dgn apa saja yg ada..cuba berdikari untuk atsi masalah tu..kdg2 perkara mcmni dpat buatkn iman kita lebih kuat dan mantap! tak gitu..? ;)

to Zainul: terima kasih wahai sahabatku..segala nasihat dan pedoman mu akan ku semat didalam sanubari ku ini..aku sgt mghrgai dan sentiasa perlukan setiap kata2 nasihat, pedoman dan semangat dr sahabat2 seperti mu wahai teman.. ;')

naqiubex said...

Sokong mr K..

mizTiramisu^_* said...

urm...tetibe mcm nak tinggalkan short note plak ^_*
neway, juz nak bgtao...
setiap perubahan yg kita inginkan, pasti ada pengorbanan.
so, fikir2kanlah perubahan ape yg awk inginkan..dan lakukan lah 1 pengorbanan.
ayat ni agak general~
^_* smile owez!