Latest Entries »

Thursday 19 March 2009

History of Quantity Surveying

bagi sesiapa yang masih lagi kabur-kabur mengenai kerjaya seorang Juruukur Bahan (Quantity Surveyor - QS) seperti mana course yang aku ambik skg ne, korg boleh baca sejarah asal usul QS kat bawah ne..harap maklumat-maklumat ne boleh membantu sedikit sebanyak untuk korg kenal ape itu QS ne. so..chekitdaod!

The quantity surveyor emerged in England at the beginning of the nineteenth century, although the firm of Henry Cooper and Sons of Reading was established as early as 1785. Prior to the first recorded usage of the term "quantity surveyor" in 1859, the terms "measurer", "custom surveyor" or "surveyor" were used.

In those early days the quantity surveyor acted for the master tradesmen, measuring the work after completion and frequently submitting partisan Final Accounts to the building owner. As a direct result of these activities it increasingly became the practice of building owners to have work executed under contract and to call for tenders before any work was undertaken. A procedure therefore developed whereby building owners would approach an architect to design a building. Drawings and specifications were distributed to selected master builders, who would then submit tenders for the total price rather than a collection of prices from master tradesmen.

The task of arriving at an accurate estimate of cost or tender can be carried out in only one way - that of measuring the quantities of all materials and labour necessary to complete the work, i.e. preparing bills of quantities. As each builder had to prepare his own bills of quantities for each project, they realised that it would be more economical for them as a group to employ one surveyor to measure quantities for them all. They would thus share the cost of the surveyor, obtain an identical Bill of Quantities which ensured that they would all be tendering on the same basis.

The building owner subsequently realised that it would be to his personal advantage to appoint and pay the fees of the quantity surveyor.

Thus the independent professional quantity surveyor gained consultant status.

kat bawah ne plak sedikit penerangan tentang sejarah ukur bahan di Malaysia.

Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek

Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.

Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.

Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan.
=)

0 comments: