Latest Entries »

Friday 27 March 2009

love sucks

ampunkan patik.

tajuk entry ini mungkin agak kuang asam. patik tak berniat mahu mencetuskan pandangan yang sebegitu masam lagian patik teramat obses pada sesuatu yang masam semacam cuka dan asam boi. terkena badi mengidamkah patik? tidak. patik masih belum berkahwin pun. nanti sudah sampai seru akan patik jemput. usah khuatir pada yang saving duet tu. akan patik pastikan kamu dapat tapau sekali di kenduri kahwin patik nanti. (plastik beg, polysteryne bawak sendiri. tak akan disediakan. maaf!)

tajuk entry diatas hanya merupakan antara gambaran setiap mahkluk tuhan yang pernah frust dalam arena pengkapelan. patik bercerita berdasarkan dari pengamatan patik selama beberapa purnama serta pengalaman patik sendiri (jiwa kaco!). tiada rujukan mana-mana pihak, dari internet mahupun dibahagian rujuk dan cerai pejabat agama daerah kuala sepetang. hanya pandangan patik tersendiri

dah. panjang pula mukadimmah patik ini

baiklah. patik mulakan ye. bersiap-sedialah tuan hamba sekalian!! cheese!!

selalu juga patik dengar keluh kesah orang2 yang baru kapel pastu putus ditengah jalan. macam2 ungkapan yang telinga patik dapat tangkap dan seterusnya lakukan kunci mati. macam contoh..'love sucks!', 'f**k love!' dan macam2 lagi la. sume hodoh2 bunyinya. patik pun mula berfikir secara maskulin. kenapa mesti cinta yang disalahkan? patik pun kurang paham. even patik sendiri penah meluahkan kata2 sebegitu rupa hodohnya. teruk juga patik ini ye. tapi sekarang patik sudah insaf. sob3.. T_T

patik amat hairan kenapa cinta yang dimaki? yang dibenci? bukan ke cinta itu satu anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Menyintai? kalau cinta disalahkan, itu sudah tak menghargai mahupun bersyukur. jauh sekali mahu berterima kasih. cuba bayangkan jika tuhan menarik kembali nikmat perasaan cinta dari kita, seperti apakah kita? jiwa kita akan kosong. seperti mayat hidup. tak ada perasaan. yang ada hanyalah perut boroi.

jadi. pada patik mudah

yang patut dipersalahkan adalah orang yang berkapel itu sendiri. bukan cinta. (ampunkan patik kalau ada yang terasa diulu hati) kalau mahu maki atau benci, sepak dan terajang saja pasangan dengan sepenuh hati tanpa keraguan. pastu jangan kapel2 dah. jumpa yang berkenan dihati terus kahwin. kapel saja lepas kahwin. bebas mahu buat apa saja

itu saja pandangan ikhlas patik mengenai isu ini. harap kamu juga punyai pandangan yang tak kurang positifnya.

silalah hadiahkan patik ular paling panjang didunia, ulasan.

"Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hamba sendiri."

sekian

0 comments: