Latest Entries »

Saturday, 20 June 2009

agak-agak la sial

maaf mungkin tajuk entry agak kasar pada kau. tapi itulah bentuk emosi aku sekarang. sial! kau ingat rumah aku ini apa? hotel? agak-agak la. kalau rumah ini kau duduk sorang tak apa bai. aku tau aku pun bukannya baik sangat. tapi jika kau mahu buat benda kurang baik pun jangan libatkan orang lain. tak pasal-pasal jadi subahat dengan kau! hormat lah sikit privacy orang. sial lah! aku sangat benci dengan keadaan sekarang! kusut! sial betul!!

tuhan bagi otak tu fikir lah! fikir panjang jangan fikir pendek. jika fikir pendek kau memang bodoh! jika tak mahu fikir pasal diri kau fikir lah pasal orang lain jugak. sekarang tempat aku menuntut ilmu seperti sudah tercemar. aku sakit hati lah mcm ni! tempat kau menuntut ilmu kena suci tahu tak? baru ada keberkatan. nak belajar pun mudah dan senang masuk sebab berkat tempat kau belajar tu. tapi kalau tempat tu malaikat pun tak mahu masuk mana mahu datang keberkatan tu? tension betul lah!

tolong lah. hati aku tak sama seperti hati kau! aku bukan seperti kau. aku fikir masa depan aku. jika kau mahu enjoy seperti tak ada masa depan go ahead! your life! so its your right! aku pun ada hak aku. aku mahukan ilmu yang bermanfaat untuk diri aku. jika kau tak mahu itu masalah kau. jangan samakan aku dengan kau. jangan tutup jalan aku berjihad! kau boleh buat apa saja yang kau mahu tapi bukan kat sini. kau kena pergi tempat kau sendiri. yang penting jangan ganggu privacy aku! kau memang sial jika kau terus buat begitu!

aku paling benci orang yang pentingkan diri dan tak mahu fikirkan tentang orang lain. respect privacy orang sikit boleh tak?

P/s: aku sangat susah hati sekarang. aku mahu cepat-cepat habiskan belajar dan pergi dari sini!! **emosi kurang stabil

pemikiran hati

salam pada semua.

saja aku tulis tajuk entry mcm tu. nampak seperti sedikit abstract sebab aku rasa jarang orang boleh kaitan hati dengan pemikiran. biasanya pemikiran dikaitkan dengan otak dan hati pula dikaitkan dengan buah. (buah hati??) haha! bukan-bukan! hati dengan perasaan..heheh! kebiasaannya begitulah orang kaitkan.

ok. tajuk pemikiran hati tu merujuk kepada kata hati lah. apa yang hati aku mahu. apa yang hati kau juga mahu mungkin. setiap kemahuan itu datang dari hati kan. setiap manusia ada kemahuan. haiwan pun. tapi kita bukan haiwan. so aku tak sentuh pasal haiwan lah. teringat pula pada kawan yang nama wan. jika jumpa dia aku pasti akan sapa mcm ini.. "Hai Wan!" hahaha! kesian dia..

ok.

back to the topic!!

aku rasa seperti ingin pergi ke luar negara. mahu lihat negara orang. mahu rasa pengalaman stay kat sana. mahu sambung belajar kat tempat orang. mahu jadi perantau di negara orang. cuba berdikari sendiri. in a simple terms, aku mahu sambung belajar luar negara. haha! entah la. bukan demand. cuma pada aku overseas student ini tak sama seperti locals lah. mereka lebih rapat antara satu sama lain. wujud satu komuniti yang besar. seperti berada dalam satu keluarga yang sangat besar. happy-lah. mungkin sebab berjauhan dengan keluarga jadikan mereka sangat rapat. bond yang sangat kuat. susah senang bersama. di sini? mungkin ada seperti itu tapi jarang dan tak banyak lah. mungkin bila ditempat orang baru kita faham erti sebenar segalanya. pada aku itu cara aku untuk faham erti sebenar segala-segalanya. berjauhan dengan tanah air tapi masih berada dalam suasana kekitaan. baru faham apa itu kawan, apa itu persahabatan. apa itu harga masa semasa bersama. nilai sebuah perhubungan. aku seperti dapat rasa dan bayangkan semuanya jika aku dinegeri orang dan aku mahu seperti itu.

aku mahu ke luar negara. doakan aku satu hari nanti ada rezeki aku ke tempat orang. xp

P/s: kat kolej ni pun dah separuh mati belajar masih ada impian nak cuba belajar tempat orang? hahaha!! lupakan lah amin..

cuti semester ini mahu buat apa ye? mengelamun lagi lah! mahu pergi ke bulan pulak. haha!

Thursday, 11 June 2009

kehidupan seorang pelajar kolej

Cuba korang renung2kan gambar2 di bawah ni. Kene tak kat batang idong korang? Hehehe..

Every New Semester

After 1st Week

After 2nd Week

Before the Midterm Exam

During the Midterm Exam

After the Midterm Exam

Before the Final Exam

After Seeing the Schedule of the Final Exams

7 Days before the Finals

6 Days before Finals

5 Days before Finals

4 Days before Finals

3 Days before Finals

2 Days before Finals

1 Day before Finals (Night before the Final Exam)

1 Hour before Final Exam

During Final Exam

After coming out of the Examination Hall

After College during Holidays

P/s: haha! Itulah dia kehidupan seorang pelajar..kisah benar dikalangan kita..hahahaha! makan dalam! haha..aduuhh..huhu.haha

credit to: OhTidak!

Wednesday, 3 June 2009

blog, aku dan hari-hari

namaste!

kali ini aku mahu cerita pasal blog aku. tak ada yang best pun tentang blog ini yang mahu aku kongsi. cuma rasa seperti tertanya-tanya kenapa aku mesti ada blog. bukan aku saja. orang lain pun sama. kenapa harus ada blog? adakah sebab kau adalah seorang yang begitu keji dikalangan kawan-kawan kerana pada mereka kau ni sangat membosankan menyebabkan kau buat blog untuk jadikan kawan kau? atau tak mahu dikatakan ketinggalan zaman jika tak ada blog?

aku pun tak faham kenapa harus ada blog. tapi seronok ada blog ini. macam-macam boleh buat. paling happening sekali jika ada blog adalah wujud perasaan malas mahu buat assignments sebab sering update blog. haha! dalam blog macam-macam kau letak. pandangan kau lah cerita kau lah pendapat kau lah. seperti mahu tunjuk kau seorang yang berpandangan jauh dan begitu matang. seorang pemerhati dan penganalisa yang hebat! tapi apa yang sepatutnya dan wajib kau buat sebagai seorang diri kau sendiri pada masa itu kau abaikan. kalau betul apa yang aku katakan ini, kita serupa lah. haha!

saja tulis entry ni mahu hilangkan kusut. tapi masih kusut lah!