Latest Entries »

Saturday, 20 June 2009

pemikiran hati

salam pada semua.

saja aku tulis tajuk entry mcm tu. nampak seperti sedikit abstract sebab aku rasa jarang orang boleh kaitan hati dengan pemikiran. biasanya pemikiran dikaitkan dengan otak dan hati pula dikaitkan dengan buah. (buah hati??) haha! bukan-bukan! hati dengan perasaan..heheh! kebiasaannya begitulah orang kaitkan.

ok. tajuk pemikiran hati tu merujuk kepada kata hati lah. apa yang hati aku mahu. apa yang hati kau juga mahu mungkin. setiap kemahuan itu datang dari hati kan. setiap manusia ada kemahuan. haiwan pun. tapi kita bukan haiwan. so aku tak sentuh pasal haiwan lah. teringat pula pada kawan yang nama wan. jika jumpa dia aku pasti akan sapa mcm ini.. "Hai Wan!" hahaha! kesian dia..

ok.

back to the topic!!

aku rasa seperti ingin pergi ke luar negara. mahu lihat negara orang. mahu rasa pengalaman stay kat sana. mahu sambung belajar kat tempat orang. mahu jadi perantau di negara orang. cuba berdikari sendiri. in a simple terms, aku mahu sambung belajar luar negara. haha! entah la. bukan demand. cuma pada aku overseas student ini tak sama seperti locals lah. mereka lebih rapat antara satu sama lain. wujud satu komuniti yang besar. seperti berada dalam satu keluarga yang sangat besar. happy-lah. mungkin sebab berjauhan dengan keluarga jadikan mereka sangat rapat. bond yang sangat kuat. susah senang bersama. di sini? mungkin ada seperti itu tapi jarang dan tak banyak lah. mungkin bila ditempat orang baru kita faham erti sebenar segalanya. pada aku itu cara aku untuk faham erti sebenar segala-segalanya. berjauhan dengan tanah air tapi masih berada dalam suasana kekitaan. baru faham apa itu kawan, apa itu persahabatan. apa itu harga masa semasa bersama. nilai sebuah perhubungan. aku seperti dapat rasa dan bayangkan semuanya jika aku dinegeri orang dan aku mahu seperti itu.

aku mahu ke luar negara. doakan aku satu hari nanti ada rezeki aku ke tempat orang. xp

P/s: kat kolej ni pun dah separuh mati belajar masih ada impian nak cuba belajar tempat orang? hahaha!! lupakan lah amin..

cuti semester ini mahu buat apa ye? mengelamun lagi lah! mahu pergi ke bulan pulak. haha!

4 comments:

Unknown said...

insya-Allah kalu lu da usaha sebaik mungkin percentage ntuk g OS ad..

selebih2nya, doa byk2 dan tawakkal..

DIA lebih tahu apa yg terbaik utk hamba²NYA..

Amin Jaymien said...

hehe..
betul tu bro.
Insya-Allah..
tgh berusaha la ne.
huhu.
btw thannx bro.
u gimme spirit!!
hehe.
thannxs

Anonymous said...

baru kelmarin jumpa student sini balik bercuti...katanya study kt UK skng....

InsyaAllah...tanamkan impian dan keazaman, percentage utk ke OS tu akan ada, tapi dgn usaha yg gigih dan jitu....tanpanya...membatu la ko kt cni...

Amin Jaymien said...

hehe. yke ustaz? urmm..insyaAllah sy mmg dh tanam kn impian nk pg OS..cume tggal nk berusaha je skg ne..sedang berusaha..hehe..klu ade rezeki sy ade la tu..klu xde malaysia pn alhamdulillah..