Latest Entries »

Tuesday, 31 March 2009

2 day bukan dua hari tapi hari ini

hari ini lain sedikit. rasa lega bercampur malas mahu berfikir. ingin berehat dengan aman setelah beberapa hari menderita. malas mahu buat apa2. hanya mahu...

~tido.

~kumpul semula semua tenaga yang hilang.

~susun masa dengan lebih berkualiti.

~bersama dengan kawan2 yang gila2.

itu saja untuk setakat ini. malas mahu fikir lagi.
mata sudah berat. katil sudah melambai
aku mahu tido sekarang!

Friday, 27 March 2009

love sucks

ampunkan patik.

tajuk entry ini mungkin agak kuang asam. patik tak berniat mahu mencetuskan pandangan yang sebegitu masam lagian patik teramat obses pada sesuatu yang masam semacam cuka dan asam boi. terkena badi mengidamkah patik? tidak. patik masih belum berkahwin pun. nanti sudah sampai seru akan patik jemput. usah khuatir pada yang saving duet tu. akan patik pastikan kamu dapat tapau sekali di kenduri kahwin patik nanti. (plastik beg, polysteryne bawak sendiri. tak akan disediakan. maaf!)

tajuk entry diatas hanya merupakan antara gambaran setiap mahkluk tuhan yang pernah frust dalam arena pengkapelan. patik bercerita berdasarkan dari pengamatan patik selama beberapa purnama serta pengalaman patik sendiri (jiwa kaco!). tiada rujukan mana-mana pihak, dari internet mahupun dibahagian rujuk dan cerai pejabat agama daerah kuala sepetang. hanya pandangan patik tersendiri

dah. panjang pula mukadimmah patik ini

baiklah. patik mulakan ye. bersiap-sedialah tuan hamba sekalian!! cheese!!

selalu juga patik dengar keluh kesah orang2 yang baru kapel pastu putus ditengah jalan. macam2 ungkapan yang telinga patik dapat tangkap dan seterusnya lakukan kunci mati. macam contoh..'love sucks!', 'f**k love!' dan macam2 lagi la. sume hodoh2 bunyinya. patik pun mula berfikir secara maskulin. kenapa mesti cinta yang disalahkan? patik pun kurang paham. even patik sendiri penah meluahkan kata2 sebegitu rupa hodohnya. teruk juga patik ini ye. tapi sekarang patik sudah insaf. sob3.. T_T

patik amat hairan kenapa cinta yang dimaki? yang dibenci? bukan ke cinta itu satu anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Menyintai? kalau cinta disalahkan, itu sudah tak menghargai mahupun bersyukur. jauh sekali mahu berterima kasih. cuba bayangkan jika tuhan menarik kembali nikmat perasaan cinta dari kita, seperti apakah kita? jiwa kita akan kosong. seperti mayat hidup. tak ada perasaan. yang ada hanyalah perut boroi.

jadi. pada patik mudah

yang patut dipersalahkan adalah orang yang berkapel itu sendiri. bukan cinta. (ampunkan patik kalau ada yang terasa diulu hati) kalau mahu maki atau benci, sepak dan terajang saja pasangan dengan sepenuh hati tanpa keraguan. pastu jangan kapel2 dah. jumpa yang berkenan dihati terus kahwin. kapel saja lepas kahwin. bebas mahu buat apa saja

itu saja pandangan ikhlas patik mengenai isu ini. harap kamu juga punyai pandangan yang tak kurang positifnya.

silalah hadiahkan patik ular paling panjang didunia, ulasan.

"Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hamba sendiri."

sekian

Tuesday, 24 March 2009

Ke-buzy-an

minggu ini aku agak sibuk. banyak benda kena buat. presentation, assignments, group discussion..what the heck!! tak ada banyak masa untuk update blog. rasa malas pun ada. mahu pergi melancong atau bercamping masuk hutan atau panjat gunung. teringin juga pergi melawat tempat-tempat bersejarah, tempat yang indah, yang semulajadi panoramanya. dapat juga aku paparkan cerita-cerita menarik untuk kau tatap.

hurmm..

masa kat kelas tadi aku lihat suasana sekitar kolej lepas hujan. cantik. berkabus. rasa seperti berada di Cameron Highlands. cuma tak sesejuk dan sedingin disana saja. terdetik dihati alangkah bagusnya kalau aku ada kamera yang boleh merakam gambar yang cantik dan menarik. timbul pula satu minat mahu jadi photographer. sudah lama sebenarnya aku ada passion nak tangkap gambar tapi disebabkan keadaan kewangan yang tidak berapa stabil (still dalam ICU) membantutkan minat aku. kamera mahal. masih belum mampu mahu miliki. tambahan, aku tak ada ilmu untuk tangkap gambar pada angle yang baik. guna kamera yang mahal dan berkualiti perlukan kemahiran yang tinggi. kalau tidak buang duit saja kau beli kamera yang mahal kalau tak ada skill yang boleh dibanggakan oleh penduduk kampung. baik kau open table payung aku makan kepsi sampai hujung bulan sementara tunggu mara masuk! haha

just like u.. P-A-S-S-I-O-N
itu saja.

Monday, 23 March 2009

kusut kusut!!

aku benci masa-masa macam ini. semua benda nak cepat. aku pasti cepat pun tak mahu semua benda ini. bila masa semakin suntuk mulalah semua perkara jadi kelam kabut. tapi aku masih lagi sempat tulis blog? WTFish??!! haha. ini merupakan salah satu cara aku tenangkan diri besides tarik nafas dalam-dalam. unik bukan? jarang juga ada orang mcm aku ini. (self esteem!)

bukan apa.

ini saja lah pada aku kos yang paling murah untuk melepaskan tekanan. tulis blog! tapi isinya langsung tak ada manfaat untuk kau baca. tapi tak mengapa lah. lain kali aku akan cuba untuk paparkan pandangan atau idea2 yang lebih matang. moga kau dapat idea untuk bertukar-tukar pendapat dengan aku.

kalau ada banyak duit banyak benda yang aku akan buat bagi melegakan tekanan. seperti masuk hutan, panjat gunung atau lakukan perkara-perkara ekstrem ataupun yang diluar keberanian seekor baboon. haha

aku benci kesibukan. aku mahukan ketenangan sekarang! sumpah

Saturday, 21 March 2009

Read this!!

Dont make me really hates u because once i truly hates u, u will never be forgiven!! that is my promise and i'm serious with it!! honestly, i wont regret to lose people like u in my life even it is worth!!!!!

Thursday, 19 March 2009

Instrumental...

hari ini aku agak sedikit instrumental. bukan hari ne saja sebenarnya. salu juga aku instrumental. instrumental yang aku maksudkan dekat sini ialah music instrumental. aku suka genre muzik instrumental sebab buat aku rasa tenang, sedih, sebak, tersenyum sorang-sorang ataupun hampir tak ada perasaan langsung. haha

aku suka muzik instrumental atau jazz ne sebab ia menjana aktiviti pada otak aku. buatkan aku lebih banyak berfikir dan menghasilkan idea-idea yang bijak tanpa kau sedari. hebat bukan? tak mengapa jika kau merasa kagum dengan apa yang aku katakan. aku tak akan riak.

dengar muzik mcm ni juga buat aku kembali menyorot masa-masa lampau. satu persatu aku imbas. ada yang manis. ada juga yang pahit macam peria. tapi itu cuma sekadar imbauan kenangan lalu. tak ada apa pun yang boleh aku ubah melainkan masa depan aku. pun begitu aku tetap rindukan waktu dulu...

aku pasti kamu pun sama kan?

P/s: Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik buat diri kita. Cuma kadang-kadang kita je yang tak pernah perasan atau sedar akan anugerah itu. jadi, bersyukur saja lah dengan setiap apa yang kita peroleh. jangan banyak bunyik! buat aku panas saja melihat gelagat kau yang tak sedar dek untung itu.

History of Quantity Surveying

bagi sesiapa yang masih lagi kabur-kabur mengenai kerjaya seorang Juruukur Bahan (Quantity Surveyor - QS) seperti mana course yang aku ambik skg ne, korg boleh baca sejarah asal usul QS kat bawah ne..harap maklumat-maklumat ne boleh membantu sedikit sebanyak untuk korg kenal ape itu QS ne. so..chekitdaod!

The quantity surveyor emerged in England at the beginning of the nineteenth century, although the firm of Henry Cooper and Sons of Reading was established as early as 1785. Prior to the first recorded usage of the term "quantity surveyor" in 1859, the terms "measurer", "custom surveyor" or "surveyor" were used.

In those early days the quantity surveyor acted for the master tradesmen, measuring the work after completion and frequently submitting partisan Final Accounts to the building owner. As a direct result of these activities it increasingly became the practice of building owners to have work executed under contract and to call for tenders before any work was undertaken. A procedure therefore developed whereby building owners would approach an architect to design a building. Drawings and specifications were distributed to selected master builders, who would then submit tenders for the total price rather than a collection of prices from master tradesmen.

The task of arriving at an accurate estimate of cost or tender can be carried out in only one way - that of measuring the quantities of all materials and labour necessary to complete the work, i.e. preparing bills of quantities. As each builder had to prepare his own bills of quantities for each project, they realised that it would be more economical for them as a group to employ one surveyor to measure quantities for them all. They would thus share the cost of the surveyor, obtain an identical Bill of Quantities which ensured that they would all be tendering on the same basis.

The building owner subsequently realised that it would be to his personal advantage to appoint and pay the fees of the quantity surveyor.

Thus the independent professional quantity surveyor gained consultant status.

kat bawah ne plak sedikit penerangan tentang sejarah ukur bahan di Malaysia.

Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek

Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.

Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.

Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan.
=)

Thursday, 12 March 2009

kesengsaraan

hari ini kelas tamat awal satu jam dari dua jam. pagi tak ada kelas. sudah jadi kebiasaan di awal semester kelas habis awal berikutan lecturer hanya membebel pasal subject introduction pada minggu pertama. kan best kalau hari-hari kelas cmni. haha

habis kelas aku terus pegi ambik assignments semester lepas dekat sko0l untuk re-buat. ade empat kesemuanya. 2 construction economics 2 contractual procedures. 2 subjek yang agak menarik nafas panjang untuk disiapkan. *sigh* juga menarik untuk dipelajari. pointer aku semester lepas agak teruk. mungkin aku boleh dilabel sebagai pelajar terlampau (teruk pointernya). so untuk mengelak kontroversi yang berterusan, aku harus redo semua assignments tersebut sekaligus meng'upgrade'kan pointer aku ke aras yang boleh meriakkan diri. (azam yang bodoh! p/s: sape2 yg nama azam jgn terasa) haha

semester kali ne aku ade 6 subjek untuk berkonon-konon menelaah pada waktu malam. haha. semester kali ne juga merupakan subjek yang paling banyak perlu aku hadapi. itu bermakna makin kurang waktu tido aku. oh. bantalku! tak dapatla aku luangkan banyak masa bersamamu syg.

demmit! (T_T)

P/s: adakalanya kesengsaraan itu indah dipenghujungnya. pecayalah

ape aku merepek ne?

~TammaT~

Wednesday, 11 March 2009

Entah!

Entah! tak tau. kelat dan mentah rasanya. macam sushi mungkin. hari-hari yang memboringkan di permulaan semester yg ketiga akhir sebelum pegi LI. itu pun kalau aku tak extend sem. oh. tak sanggup nak tambah sem lagi! nak abes cepat! nak abes cepat. nak buat degree plak. pastu stop study, kumpul duet sket then kawen! weeee~~ muahaha